Donnie Yen Sahkan Ip Man 4: The Finale Adalah Filem Kung Fu Terakhirnya

Ianya berita yang kurang enak didengar oleh peminat filem aksi kung fu. Ini apabila otai Donnie Yen mengesahkan bahawa Ip Man 4 yang akan ditayangkan tak lama lagi, merupakan filem kung fu terakhir beliau.

Selain daripada Donnie Yen ada juga Scott Adkins dalam filem ini. Ala bintang filem Boyka tu.

Ip Man antara francais filem yang paling popular di dunia dan antara naskah paling ikonik serta signifikan dikaitkan dengan Donnie Yen.

Sebut Ip Man je terus keluar wajah Donnie Yen kan.

Donnie Yen menyatakan sudah tiba masanya beliau bersara daripada filem aksi kung fu dan hanya berlakon dalam filem genre lain selepas ini.

Bercakap kepada sidang media di Beijing, Donnie Yen berkata: “Sebagai pelakon dan pembuat filem, saya sudah menghasilkan filem yang sangat banyak. Ada orang suka ada orang tak suka.”

“Di sepanjang jalan berliku ini, saya sudah merakamkan beberapa filem kung fu.”

“Sebagai pelakon anda harus teruskan perjuangan dan mara ke hadapan. Ini merupakan perkara yang saya harus lakukan dalam hidup. ”

“Selain itu, saya harus sentiasa mencari sesuatu baharu untuk membangunkan diri.”

Donnie Yen dalam rangka promosi sebelum tayangan secara global Filem Ip Man 4. Di mana beliau sudah menikmati kejayaan sangat besar dalam 3 siri Ip Man sebelum ini.

Saya suka dengan aksi gaduh atas meja ni, memang power:

Pelakon berusia 56 tahun itu yakin, para peminatnya akan menikmati Ip Man keempat ini sama seperti 3 yang sebelum ini.

“Kebanyakan filem tidak akan lebih daripada 2 sekuel sebab ianya akan merosot pada filem ketiga.”

“Namun untuk Ip Man, dalam 3 sekuel sebelum ini, kesemuanya digemari peminat. Dan saya yakin anda semua tidak akan kecewa dengan yang keempat ini.”

“Filem ini memberikan makna tersendiri kepada hidup saya dan saya sangat bersyukur dengan Ip Man 4: The Finale. Ianya juga merupakan filem kung fu saya yang terakhir.”

“Saya berharap dapat menulis satu lembaran bermakna dalam sejarah perfileman China. Dan saya masih akan terus berlakon.”

Ip Man pertama ditayangkan pada 2008. Pasti korang tak terasa sebenarnya sudah 11 tahun filem tersebut menemui korang.

Filem pertama dahulu mengisahkan tentang kehidupan Ip Man yang merupakan guru Wing Chun dan pernah melatih Bruce Lee.

Dalam filem Ip Man 4: Finale ini, Ip Man akan ke Amerika Syarikat bekerjasama dengan Bruce Lee bagi menubuhkan sekolah seni mempertahankan diri di Seattle.

Ip Man dikenali dengan ketenangan dan penumbuknya yang padu.

Ip Man 4: The Finale akan menemui peminat pada 20 Disember ini. Jadi bolehlah korang mulai menabung apa yang patut. Sebelum gaji tu.

Tengok trailer di bawah ni pun saya sudah bersemangat. Ada Bruce Lee tu wei

Baca yang lain