Double Kill: Rangnick Buat Abang Lingard Malu Dengan Penjelasan Situasi Adiknya

Rangnick telah membalas kritikan abang Lingard kepada kelab yang menurutnya, Man United kelab yang tidak ada standard kerana tiada majlis perpisahan dengan adiknya. Sekaligus menggambarkan bahawa Lingard mahu pergi selepas kontraknya tamat musim ini.

Fabrizio Romano turut mengesahkan bawaha Jesse Lingard sedang berunding dengan beberapa kelab termasuk kelab besar, namun Man United tiada dalam senarai pertimbangan Lingard.

Abang Jesse Lingard, Louie Scott, mengkritik Manchester United kerana tidak menurunkan adiknya dalam perlawanan menentang Brentford. Di mana itu merupakan aksi terakhir Man United musim ini di Old Trafford.

Jika bermain, Lingard berpeluang untuk muncul di hadapan peminat Man United mungkin buat kali terakhir di Old Trafford. Ralf Rangnick memutuskan memberikan peluang kepada Juan Mata dan Matic untuk menerima tepukan daripada peminat sebagai tanda salam perpisahan.

Kedua dua pemain sudah mengesahkan bahawa mereka akan pergi meninggalkan kelab selepas tamat musim ini. Lingard juga sedang mencari kelab baharu untuk musim depan.

Selepas perlawanan menentang Brentford, abang Lingard, Louie Scott segera mengkritik Red Devils.

Dalam catatannya di Instagram Story, dia mengkritik keputusan United untuk tidak memberikan ucapan selamat tinggal kepada Jesse Lingard.

“20 tahun keringat dan air mata, 4 trofi domestik, 3 gol final pertandingan piala, malah tak ada langsung [majlis perpisahan]. Tidak hairanlah mereka akan bermain dalam Liga Persidangan [UEFA Conference League] tahun depan.”

“Menyerang pemain kerana keraian, ketika kelab dijual kepada liga super adalah ok. Kelas 92, Busby Babes, anda dikendalikan oleh orang yang tidak tahu peraturan ofsaid. Tanpa kelas dan peminat perlu sedar tentang itu. Selamat malam,Tuhan merahmati!”

“Berada di sana sejak umur sembilan tahun dan tidak mendapat hadiah perpisahan pun!!! Syabas dik, keluarga kamu bangga.” sindiran abang Lingard.

Jawapan jujur Pok Nik

Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Brighton, Rangncik diminta mengulas mengenai insiden Lingard. Beliau menegaskan bahawa beliau telah membuat keputusan terbaik ketika ini.

Sebenarnya Lingard sudah mulai mendapat tempat dalam skuad utama. Namun Rangnick terpaksa menyisihkan pemain itu atas permintaan Lingard sendiri atas alasan masalah keluarga.

Jadi, celah bedah mana Rangnick sengaja mahu bersikap biadab dengan Lingard seperti didakwa abangnya. Kerana situasi jelas sebaliknya yang berlaku.

Lingard menyatakan dia ada masalah keluarga, jadi, kenapa abang dia boleh tak tahu? Adakah dia tidak berada dalam group WhastApp keluarga mereka?

Oleh kerana Lingard tidak dapat berlatih, maka Rangnick tidak dapat menurunkan pemain yang tidak terlibat dengan latihan.

Rangnick berkata: “Pertama sekali, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dia [Lingard] telah bermain lebih banyak daripada yang dia dapat sebelum ini.”

“Kedua, dalam perlawanan menentang Chelsea, dia meminta saya untuk tidak menurunkannya dalam perlawanan itu dan dalam latihan keesokan harinya kerana masalah keluarga.”

Rangnick berkata di bangku simpanan terdapat beberapa pemain yang layak tampil lebih daripada Lingard yang tidak berlatih menjelang perlawanan itu. Jadi dia memutuskan untuk tidak memberi pemain itu peluang untuk bermain.

“Dalam perlawanan sebelum ini, saya hanya mempunyai tiga pemain gantian dan saya terpaksa memilih antara Edinson Cavani, Jesse Lingard atau Alejandro Garnacho, di mana saya mahu memberikannya peluang untuk bermain?”

“Ketika itu saya membuat keputusan untuk memasuki Cavani. Selepas melakukan dua pertukaran, saya terpaksa mengambil keputusan yang teliti dan keputusan seperti ini tidak dapat memuaskan hati semua orang dan itu adalah risiko tugas saya,” katanya.

Lingard sendiri dilaporkan berang kerana tidak diberi peluang beraksi dalam perlawanan terakhirnya di Old Trafford.

Untuk itu dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan Manchester United sebagai ejen bebas.