Douglas Luiz Letak Syarat, Juve Harus ‘Sign’ Alisha Lehmann Sekali

Douglas Luiz sedia untuk menyertai Juventus. Namun media Itali melaporkan bahawa pemain itu turut meletakkan syarat khas untuk dia menerima tawaran kelab itu.

Douglas Luiz mahu Juventus turut menandatangani teman wanitanya, Alisha Lehmann untuk skuad wanita Juventus.

Sebagai rekod, sebelum ini, Douglas Luiz dilaporkan pernah menolak perpindahan ke Arsenal pada saat akhir kerana dipujuk oleh Alisha agar terus kekal di Aston Villa untuk membolehkan mereka terus berkepit.

Ketika itu Luiz setuju melanjutkan lagi kontraknya bersama dengan Aston Villa.

Dan kini Douglas Luiz sedia menggunakan kabel dia ada untuk memastikan aweknya itu turut menyarung jersi pasukan gergasi Eropah berpangkalan di Itali iaitu Juventus.

Juventus berusaha memastikan perpindahan ini terlaksana. Mereka menawarkan Weston McKennie kepada Aston Villa sebagai syarat untuk mendapatkan pemain tengah Brazil itu.

Seterusnya Juve juga sedia menambah seorang lagi pemain iaitu Samuel Iling jika Aston Villa merasakan tawaran wang + McKennie tak cukup.

Juventus juga untuk mendapatkan Alisha Lehmann yang akan menjadi sejarah, menjadi pasangan kekasih pertama ditandatangani kelab itu dalam satu masa yang sama.

Alisha Lehmann menjadi pemain bola sepak wanita yang sangat popular. Dia memiliki 16 juta pengikut di Instagram.

Juve bagaimanapun masih perlu membuat pertimbangan dalam beberapa perkara. Hal ini kerana mereka risau kalau Alisha meminta gaji yang besar. Selain itu Juventus ketika ini memiliki ramai pemain asing dalam skuad wanita mereka.

Ini membuatkan mereka perlu melepaskan atau menjual seorang pemain untuk dikosongkan slot bagi kat Alisha Lehmann.

Douglas Luiz sebelum ini mendedahkan bahawa dia sangat suka dengan kehidupan di England bersama Alisha. Dia lebih tenang berbanding di Brazil.

“Di sini, kami lakukan segalanya dengan normal. Makan ke tempat kami suka dengan tenang. Dan saya sekarang lebih kepada orang yang suka duduk rumah berbanding dulu.

“Ya sudah tentu saya nak keluar bersamanya untuk bersosial.

“Di England segalanya tenang untuk kami. Berbanding di Brazil, segalanya kelam kabut dan serabut. Hampir mustahil nak hidup macam orang normal di sana [kerana perhatian umum].”

Ramai yang menggelarkan pasangan Luiz dan Alisha ini menggunakan kuasa cinta atau kuasa pasangan mereka dalam bola sepak.