Douglas Luiz Tuntut Keadilan & ‘Up’ Video Pogba Sepak Kaki Sendiri, Tapi Dia Dikecam Balik

Kemenangan Manchester United ke atas Aston Villa diwarnai penalti kontroversi yang diberikan pengadil kepada Manchester United.

Pengurus Aston Villa, Dean Smith antara yang pertama mengecam pengadilan lemah dan tidak menggunakan VAR dengan sebaiknya.

Smith berkata: “Michael Oliver seharusnya diminta untuk melihat rakaman insiden tersebut, kerana itulah tujuan VAR, untuk melihat insiden seperti itu.”

“Itu bukannya penalti selepas saya melihat semula rakaman selepas tamat perlawanan.”

“Ketika itu [semasa perlawanan berlangsung], saya tidak meragui itu penalti.

“Pogba tersepak kaki dia sendiri dan terjatuh.”

Dean Smith merujuk kepada situasi di mana Pogba tersepak kakinya sendiri sebelum terjatuh. Pengadil memberikan penalti kepada Villa.

Beberapa jam kemudian, giliran Douglas Luiz pula memuat naik video Paul Pogba yang terjatuh kerana tersepak kakinya sendiri.

Luiz berkata: “Aku dah tengok video ni dan aku tak percaya bagaimana ini boleh penalti, saya sentiasa menyokong bola sepak lebih adil, kurang kesilapan. Kemudian saya berhenti lalu ternampak gerakan seperti ini.”

“Jika kita ada VAR untuk menolong, mari mula menggunakannya dengan betul. Kesilapan sebegini boleh menentukan masa depan kelab.”

Kenyataan tentang menentukan masa depan kelab itu ternyata ironi. Kerana masa depan Aston Villa pada hari ini terjadi selepas VAR dan Goal Line Technology musim lalu tidak mengesan gol Sheffield ke atas mereka.

Jika tidak, Aston Villa sudah berada di Liga Kejuaraan pada hari ini, kata seorang netizen kepada Luiz.

Dalam pengadilan pelik musim lalu, EPL mengeluarkan kenyataan bahawa teknologi mereka masa tu tak dapat mengesan bola tersebut.

Kenyataan oleh Premier League itu sukar diterima peminat. Kerana VAR dan GLT sudah digunakan dalam beribu ribu perlawanan di England.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan