Dovizioso Bengang Ada Peminat Label MotoGP Tahun Ni Tak Berkualiti Dan Syok Sendiri

dTidak setuju dengan pandangan itu, Dovizioso malah menilai bahawa persaingan MotoGP 2020 berada pada tahap tertinggi dan syok sendiri.

Seperti diketahui, MotoGP 2020 setakat ini boleh dikatakan sebagai salah satu kejuaraan dunia yang paling sengit dalam sejarah.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa tahap persaingan di MotoGP musim ini sangat rendah dan para pelumba syok sendiri menikmati perlumbaan tanpa juara bertahan Marc Marquez.

Ini dapat dilihat dengan banyak pelumba yang melakukan sejumlah kesalahan dalam tujuh perlumbaan yang lalu. Lalu ada yang menyifatkan, kalau Marquez ada, kesilapan sebegitu tidak akan memberikan mereka peluang untuk menewaskannya.

Dovizioso mengakui bahawa dia sangat kecewa dengan tanggapan yang menyatakan bahawa persaingan di MotoGP 2020 berada pada tahap rendah dan tak berkualiti.  Sedangkan beliau melihat persaingan yang sukar yang berlaku di MotoGP 2020. Gambaran kepada tahap perlumbaan yang tinggi.

“Adalah salah jika korang menilai kejuaraan dunia musim ini pada tahap rendah. Lihat saja betapa dekatnya mata para pelumba pada carta saat ini, ”jelas Dovizioso, kepada GPOne.

“Ini hanya boleh bererti dua perkara: semua pelumba berprestasi buruk, atau semua pelumba berada di tahap persaingan yang sangat kuat. ”

“Kami sentiasa dekat dekat je mata, baik dalam pusingan perlumbaan dan rentak perlumbaan, “sambungnya.

“Hanya ada perbezaan sedikti di antara kedudukan pertama hingga ke-15 pada ketika ini.”

“Jadi bagaimana anda boleh mengatakan bahawa tahap persaingan kita ni rendah? Terutama ketika berbicara mengenai pelumba yang menang musim lalu.”

“Apakah itu juga bermaksud tahap mereka juga rendah? Saya merasakan hanya penunggang yang berhak menilai pertandingan ini di tahap tinggi atau rendah, kerana anda tidak akan pernah memahami perinciannya tanpa menunggang motosikal kami,” kata pelumba dari Itali itu.

Marquez pun tak pasti cemerlang dengan tayar ini

Ditanya sama ada Marc Marquez akan mendominasi perlumbaan musim ini jika dia cergas, ini komen Dovi:

“Saya juga ingin tahu sama ada Marquez selesa dengan tayar ini. Di Jerez dia menunjukkan penguasaan, tetapi itu tak membawa apa-apa kerana kita tak tahu apa yang dia boleh lakukan musim ini [jika dia berlumba] dan ianya buang masa untuk membincangkannya.”

“Sudah tentu dia sangat pantas di Jerez, tetapi jika kita menganalisis sesuatu secara logik, bagaimana dengan sesi ujiannya di Qatar berjalan? Sangat buruk. Kemudian [adakah] pada perlumbaan pertama dia berada lapan persepuluh lebih cepat daripada yang lain ketika dia pulih?”

“Jerez mungkin tidak memberi kita idea sebenar tentang potensinya, tetapi intinya adalah bahawa tayar inilah yang mempengaruhi keadaan ini.”

“Dari sesi ujian sehingga perlumbaan pertama. Bagi saya adalah logik, semua orang boleh mempunyai idea mereka sendiri tetapi ini adalah data objektif. ”

Adakah Michelins telah memberikan banyak masalah?

“Saya sudah lama mengatakan ini, tayar ini tidak berfungsi seperti yang saya naiki selama tiga tahun terakhir.”

“Pemasangan motor yang kita gunakan hingga sekarang juga tidak berfungsi, jadi semuanya berbeza. Anda mesti mempunyai persediaan yang berbeza dan anda juga harus menunggang dengan cara yang berbeza.”

“Anda benar-benar harus melawan naluri, ini bukan perkara yang mudah dilakukan ketika anda menunggang motosikal di MotoGP. Saya cuba, tetapi saya akhirnya tidak merasa selesa di atas motosikal saya. Ia berlaku kepada semua pelumba Ducati sehingga 2019.”

Dovizioso turut bergurau dengan baju lumbanya yang ditulis penganggur. Merujuk kepada dia tidak ada pasukan lagi musim depan

Baca yang lain