Dovizioso Umum Bersara, Razlan Razali Teringat Rossi

Andrea Dovizioso telah memutuskan untuk bersara daripada MotoGP. Keputusannya mengingatkan bos Yamaha RNF Racing, Razlan Razali, tentang detik Valentino Rossi mengumukan bersara tahun lalu juga ketika di bawah pasukan yang diketuainya.

Yamaha RNF bergelut dalam MotoGP 2022 selepas mereka terus sukar untuk bersaing walaupun memikiki 2 pelumba yang dianggap kompetitif iaitu Andrea Dovizioso dan Darryn Binder.

Andrea Dovizioso dan Darryn Binder kedua-duanya gagal memperoleh pencapaian yang baik musim ini.

Prestasi Doviszioso lebih banyak dikritik memandangkan Darryn Binder merupakan pelumba baru dalam MotoGP 2022.

Sementara itu, Dovizioso merupakan tokoh berpengalaman dalam dunia MotoGP. Dia pernah bersama dengan Honda dan Ducati.

Pelumba Itali itu sebelum ini pernah mewakili Yamaha pada 2012 dengan meraih keputusan baik menggunakan motosikal M1.

Sebelum ini pada 2012, Dovizioso berjaya melonjak naik bersama pasukan satelit Yamaha Tech3 dengan enam keputusan podium untuk menduduki tempat keempat dalam kedudukan keseluruhan.

Namun, apabila dia kembali menggunakan motosikal M1 pada 2022 selepas 8 musim di Ducati, Dovizioso nampaknya tidak dapat mengeluarkan prestasi seperti pada 2012.

Dovizioso telah menggunakan pelbagai cara dan ikhtiar untuk meningkatkan prestasi. Bagaimanapun, Dovizioso tidak berjaya. Kemudian dia menjadi kecewa dengan keadaan itu.

Ini kemudiannya dijadikan alasan untuk Dovizioso meninggalkan MotoGP awal sebelum musim 2022 berakhir.

Hasrat Dovizioso terpaksa direstui oleh pasukannya. Di mana dia akan meninggalkan MotoGP selepas menamatkan MotoGP San Marino 2022, 4 September 2022.

Perkara ini mengundang respon daripada Razlan Razali selaku bos yang mengendalikan pelumba berusia 36 tahun itu.

Di mana sebelum ini Dovizioso pernah menyatakan dia tak terfikir lagi untuk bersara. Tetapi terpaksa mengubah keputusannya kerana dia kurang gembira dengan prestasi semasanya.

Razlan Razali mula mengulas dengan bergurau dan mengingati detik-detik Valentino Rossi tahun lalu. Di mana dia terpaksa melihat 2 pelumba sensasi bersara dalam pasukannya.

Valentino Rossi sebelum ini turut mengambil keputusan untuk bersara apabila mewakili pasukan milik Razlan Razali itu.

“Pertama sekali, selepas Rossi, saya mempunyai persepsi bahawa kami adalah pasukan untuk pelumba membuat keputusan untuk bersara,” kata Razlan secara berseloroh.

Sekali lagi bercakap mengenai Dovizioso, Razlan memahami bahawa penunggangnya mahu menamatkan kariernya lebih awal sebelum MotoGP 2022 berakhir.

“Tetapi, saya telah melihat kekecewaan dan kekecewaannya telah meletakkannya berada di kedudukan itu. Dia bukanlah seorang yang gembira [dengan prestasinya pada ketika ini],” kata Razlan.

“Kami sudah kehabisan kata-kata semangat untuk membantunya. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.”

“Dovi telah memberikan segala-galanya, tetapi dia tidak mampu mendapatkan keputusan terbaik dalam MotoGP.”

“Kami berharap sehingga musim ini berakhir, tetapi saya fikir ia terlalu berat untuknya dan dia memutuskan untuk pergi.”

“Kami menghormati keputusan itu, kami tidak boleh memaksa pemandu untuk terus berlumba,” katanya.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil