Dr Noor Hisham Balas Surat Dan Terima Gelang Persahabatan Pelajar Darjah 3

Dr Noor Hisham dianggap 3 doktor terbaik oleh media China dalam usaha menangani krisis kesihatan global pada hari ini.

Beliau telah menjadi watak yang paling dipercayaai rakyat Malaysia ketika sedang berada dalam PKP pada hari ini.

Dr Noor Hisham sentiasa memberikan kemaskini tentang keadaan semasa di Malaysia dan juga global.

Sidang media beliau ditunggu-tunggu kerana rakyat Malaysia percaya dengan Dr Noor Hisham menjadi nakhoda kita semua pada ketika ini.

Di Twitter telah tular satu status yang mendedahkan bahawa Dr Noor Hisham menerima gelang persahabatan daripada pelajar sekolah.

Seorang pengguna Twitter dengan nama Iman berkongsi cerita:

“Adik perempuan saya menulis surat kepada Dr Hisham dan ianya dihantar ke pejabatnya.”

“Kemudian, pada hari ini, menerima WhatsApp gambar ini – surat rasmi Dr Hisham punya reply kepada adik perempuan saya.”

“Beliau sangat rendah diri dan saya sangat hormat kepada beliau di atas sumbangan beliau yang sangat banyak kepada negara ini.”

Surat tersebut bertulis:

“Salam Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.”

“Nama saya Lara Khadijah McAfee dan saya tinggal di Terngganu. Saya sekarang bersekolah darjah 3. Saya pelajar di Sekolah Kebangsaa Seri Budiman.”

“Saya membuatkan gelang tenunan untuk dipakai oleh rakan rakan saya di tangan mereka sebagai simbol persahabatan.”

“Saya membuatkan satu gelang tenun biru untuk kamu – di atas segala penat lelah kamu lakukan untuk rakyat Malaysia, supaya semua mereka kekal selamat dan sihat ketika penularan wabak ini.”

“Kekal selamat.”

“Daripada sahabatmu, Lara.”

Surat tersebut telah dibalas oleh Dr Noor Hisham dan ianya dihantar menerusi tangkap gambar, kemudian dihantar ke nombor telefon emak Lara.

Dr Hisham berkata:

“Terima kasih di atas surat kamu dan gelang yang cantik itu. Cucu saya memakainya dan dia sukakannya.”

“Ayat kamu sangat baik, namun saya tidak berseorangan untuk semua ini. Saya bertuah kerana memiliki pasukan yang hebat untuk membantu negara kita.”

“Seluruh rakyat Malaysia seperti kamu, sangat baik sekali dalah membantu memainkan peranan kamu untuk terus kekal di rumah. Tolong teruskannya, dan bersama-sama kita mampu untuk melawan virus.”

“Ini tidak lama, dan saya harap kamu tidak terlalu risau. Dengan izin-Nya semua ini akan berakhir tidak lama lagi.”

“Saya harap kamu akan belajar rajin-rajin dengan gred kamu. Suatu hari nanti, giliran kamu pula membantu Malayasia.”

“Jejak impian kamu dan berusaha mendapatkannya.”

“Daripada rakan baru kamu, Dr. Hisham.”

Ramai yang terharu dengan surat budak tersebut dan surat bala Dr Hisham.

Malah Dr Noor Hisham sendiri ada menyukai tweet tersebut.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.