Dragoball FighterZ Umum Master Roshi Sebagai Petarung Terbaru

Kepada korang yang merupakan peminat setia Dragon Ball, tak kiralah versi komik, manga atau video game, korang pasti teruja dengan berita ini.

Di mana pencipta permainan Dragonball Fighterz telah mengesahkan bahawa Master Roshi ataupun Pendekar Penyu sah menjadi watak DLC yang korang boleh muat turun dan gunakan di dalam permainan video tersebut.

Pengumuman itu dibuat menerusi saluran Twitch “Dragonball FighterZ Show,” yang baru dibuat dan ia termuat dalam kemaskini DLC yang terbaru untuk FighterZ Pass 3.

Dan korang akan dapat konten tersebut pada kemaskini September akan datang.

Jadi, kalau korang peminat setia Dragonball dan pengikut sejati Master Roshi, jangan lepaskan peluang untuk bermain permainan Dragonball FighterZ.

FighterZ membenarnkan pemain memilih 3 karakter berlawan antara satu sama lain, dan membolehkan pemain menukar karakter yang mereka inginkan ketika di tengah permainan.

Dengan pengumuman terbaru Master Roshi sebagai karakter, maka keseluruhan karakter kini sudah mencecah 41 karakter untuk dipilih.

Ini termasuk hero klasik seperti Goku, Super Saiyan Goku, Super Saiyan God Super Saiyan Goku, Kid Goku from GT, dan Ultra Instinct Goku, atau nak versi villain – Goku Black.

Nampaknya Goku pasti akan berdepan dengan gurunya iaitu Master Roshi. All the best buatmu Goku. Jangan main rasuah dengan majalah Avon pulak ye.

Lihat sedikit video pengumuman legenda masuk ke dalam arena.

Sebagai rekod Dragon Ball FighterZ pertama kali dikeluarkan pada 2016. Game tersebut telah mendapat banyak pujian.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.