Edinson Cavani merupakan pemain sasaran utama Atletico Madrid dalam perpindahan kali ini.
Leonardo mengesahkan pemain itu memang dah memberitahu kelab, bahawa beliau mahu meninggalkan PSG, selepas 7 tahun bermain di kelab itu.
Namun PSG menolak untuk melepaskan pemain itu ke Atletico.
Selepas itu, Cavani menghantar permohonan pindah aka transfer request keapda PSG. Juga ditolak oleh PSG.
Chelsea mendengar pemain ini tidak begitu gembira dengan penolakan oleh PSG ini, dan mereka telah masuk line nak membida Cavani.
Mana tahu dapat la kan. Chelsea memang cari penyerang. Mereka turut dikaitkan dengan pemain seperti Timo Werner.
Dan kedua-dua pihak dilaporkan sudah mengadakan perbincangan. Sebagai info tambahan, pemain free agent tinggal 6 bulan, tak perlu minta kebenaran kelab kalau nak cakap dengan kelab lain.
Edinson Cavani latest: Chelsea have opened talks for the 32-year-old.
PSG boss Thomas Tuchel has revealed his stance on a potential transfer this month.#CFC https://t.co/vGRD55hnJs
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) January 21, 2020
Apa yang berlaku, Cavani meletakkan syarat yahudi kepada Chelsea.
Pemain itu mahukan £360k seminggu di Stamford Bridge sebelum potongan cukai, dan mahukan deal itu sekurang-kurang 18 bulan.
Tak cukup dengan itu, Cavani mahu mendapatkan bonus menandatangani kontrak, ni dia dan ejen dia dapat bayaran tinggi. James Olley melaporkan total gaji dengan bayaran tandatangan kontrak itu mencecah £28 juta.
Seterusnya — ye tak habis lagi — untuk melepaskan Cavani pada Januari, PSG mahukan sekitar £19 juta.
Cavani earns in excess of £360,000/week and it is understood he wants a minimum 18-month contract. That works out at approximately £19m per season and added to a hefty signing-on fee, the total outlay could easily surpass £50m for a player who turns 33 next month (Standard) #PSG
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) January 21, 2020
Oleh yang demikian, minimum kos Chelsea tanggung untuk kontrak pemain 18 bulan sahaja, iaitu sekitar £43 juta – £50 juta , pemain ini akan berusia 33 tahun pada bulan depan.
Sanggup tak bayar angka itu untuk pemain yang hanya tinggal 6 bulan sahaja baki kontrak?
Piece here on Cavani. #cfc looking at it but figures involved are high. Earns over £360k-a-week before tax, wants at least an 18-month deal. That’s about £28m, plus signing-on fee, plus PSG want around £15m this month. Adds up to a lot for a player who turns 33 next month. https://t.co/URXOZO8ipV
— James Olley (@JamesOlley) January 21, 2020
Chelsea dilaporkan tidak rela membayar angka itu, dan mahu negosiasi semula.
Thomas Tuchel masih berharap pemain itu akan kekal. Kerana mereka tidak merancang membeli sebarang penyerang bintang pada Januari ini.
Ini kerana PSG ada lagi kempen UCL yang sangat penting untuk mereka cuba menangi.
Frank Lampard mahukan pemain seperti Cavani, yang memiliki kaliber tinggi di hadapan, bagi menguatkan barisan serangan.
Beliau ada Tammy Abraham yang menjadi penyerang utama. Cavani pemain berpengalaman dan diharap akan memberikan impak, selain di atas padang, beliau juga mampu memberikan impak di dalam bilik persalinan.
Chelsea sedang bersedia untuk kehilangan Olivier Giroud yang sedang berbincang dengan Inter Milan.
Namun sebenarnya, Giroud memang bukan pemain pilihan utama pun.
Chelsea diberikan kebenaran untuk membeli pemain pada Januari. Ini selepas penggantungan mereka dipendekkan kepada hanya satu jendela perpindahan — yang mereka sudah jalani sebelum ini.
Atletico masih berharap mereka akan dapat menandatangani Edinson Cavani. Maklumlah, ada lagi duit Griezmann kan? Sebab masa beli Joao Felix, Atletico menyatakan ia tiada kaitan dengan wang Griezmann.
Oleh kerana itu, pada satu ketika mereka tak takut nak tamatkan rundingan dengan Barcelona, kerana mereka mendakwa ada unsur tapping up dalam perpindahan Griezmann.
Atletico menjadikan Lacazette sebagai opsyen, jika mereka gagal mendapatkan Cavani.
Arsenal striker Alexandre Lacazette is an option for Atletico Madrid if they are unable to get a deal for PSG's Edinson Cavani over the line.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 14, 2020
Rumit juga kes ni.