Drama Osimhen Ke Chelsea Gagal, Apa Sebenarnya Dah Berlaku?

Berlaku plot twist dalam perpindahan Victor Osimhen yang dilaporkan gagal dalam perpindahan ke Chelsea. Kelab London itu sudah menghantar wakil ke Napoli untuk menyelesaikan perpindahan pemain tersebut.

Napoli menyerahkan kepada pihak Osimhen untuk memeterai perjanjian akhir. Namun dilaporkan rundingan itu gagal dengan Osimhen menyalahkan Napoli sebagai punca kenapa rundingan itu gagal.

Napoli dikatakan masih mahu mendapatkan harga yang tinggi untuk Victor Osimhen. Sebelum ini Napoli meminta €120 juta untuk pemain tersebut seperti yang terkandung dalam klausa pelepasan kontraknya yang masih ada sehingga 2026.

Dan mereka mengurangkan permintaan harga itu kerana Osimhen sudah minta untuk dilepaskan.

Tidak pasti berapa harga yang diminta oleh Napoli, tetapi Osimhen benar benar kecewa gagal pergi ke Chelsea kali ini. Dan dia masih ada 3 hari lagi untuk keluar dari Napoli. Dengan sasaran Osimhen kini adalah kelab Saudi.

Al Ahli semalam dilaporkan membida Osimhen dengan nilai €40 juta. Dia menangguhkan dahulu rundingan dengan Al Ahli kerana keutamannya adalah mahu ke Chelsea.

Malang sekali, sikap  Napoli dianggap tidak membantu perpindahan pemain itu. Dan Osimhen dengan Napoli benar benar tidak sehaluan ketika ini. Dia tidak akan berlatih bersama skuad utama dan tidak mahu lagi bermain untuk Napoli.

Jika perpindahannya ke Arab Saudi gagal, Osimhen dilaporkan tidak mahu bermain untuk kelab itu yang sudah pun mendapatkan Romelu Lukaku.

Awal jendela perpindahan musim ini, PSG mengulangi kembali minat mereka mahu membeli Osimhen. Setelah bidaan €150 juta musim lalu ditolak. Dengan presiden Napoli, Laurentiis menganggap nilai itu hanya mampu membeli sebelah sahaja kaki Osimhen.

PSG kemudian membuat pertanyaan tentang status Osimhen dan kelab itu meminta PSG membayar klausa pelepasan €120 juta. Dan PSG terus tidak berminta meneruskan rundingan.

Osimhen adalah legenda di Napoli membantu kelab itu menjuarai Serie A pertama mereka selepas 33 tahun kemarau. Dengan menjaringkan 41 gol dalam 39 perlawanan pada musim tersebut.

Namun musim lalu, Osimhen kecewa dengan tindakan petugas media Napoli yang troll dia tak masuk penalti dan sebelum ini menggambarkan rambutnya seperti monyet. Ejen kepada Osimhen malah mengesahkan mereka melancarkan tindakan saman ke atas kelab.

Osimhen sangat kecewa kerana dia seolah olah tidak dihargai di kelab tersebut.

Osimhen menjadi salah seorang penyerang terbaik dunia sejak dia menyertai Napoli. Dia juga menjadi tonggak utama pasukan Nigeria.

Oleh sebab itu Chelsea benar benar berminat mendapatkannya.