Dream Theater: Apabila Mempersembahkan Lagu Rumit Di Atas Pentas Itu Mudah

Kumpulan ini memang idea daripada John Petrucci yang mahu mencari platform untuk beliau menggoreng / shredding gitar heavy metal dalam muzik kotemporari.

Petrucci mencari bassist yang benar benar faham akan ‘makanan’ yang dimahukan oleh beliau.

Bunyi gitar yang sharp, progresif dan bertenaga sehingga metronom, itu yang Petrucci mahukan.

Bagi peminat Dream Theater, kumpulan ini adalah kumpulan yang ditakdirkan untuk persembahan live.

Mereka terlalu bagus di atas pentas. Lupakan dahulu mana-mana kumpulan lain.

Kerana jika anda terpaksa memilih antara Dream Theater dengan mana-mana konsert lain pada satu masa yang sama, pergi ke Dream Theater!

Bagi brader yang ada band dan kaki jamming, Dream Theater ni kira level tingkat atas kalau dapat main!

DARIPADA MAJESTY KEPADA TEATER IMPIAN!

Asalnya kumpulan ini bernama Majesty. Ditubuhkan oleh pelajar Berklee Music iaitu Petrucci, John Myung dan Mike Portnoy.

Band ini kemudiannya dikembangkan lagi dengan kehadiran keyboardist Kevin Moore dan vokalis Chris Collins.

Mereka mengeluarkan demo pertama yang terjual sebanyak 1,000 salinan – hanya pada 6 bulan pertama.

Namun pada 1986, Collins meninggalkan Majesty. Selepas beberapa uji bakat dilakukan. Mereka menemui Charlie Dominici pada 1987.

Lalu mereka menukar nama Majesty kepada Dream Theater. Inspirasi daripada sebuah pusat teater di California yang telah dirobohkan!

‘KAMI KINI DREAM THEATER’

Dream Theater kemudian berusaha mengeluarkan album penuh pertama mereka. Namun mereka berhadapan dengan masalah dengan label syarikat tempat mereka bernaung.

Syarikat tersebut berhadapan dengan isu salah urus kumpulan yang bernaung di bawahnya.

Selepas kecewa dengan syarikat tersebut, mereka akhirnya mencari syarikat penerbitan baru dan bekerjasama dengan Mechanic.

Namun agak mengejutkan mereka memilih untuk berpecah dengan Dominici dan mereka mencari vokalis baru.

Lalu pada 1991, mereka menemui James LaBrie – bekas vokalis Winter Rose. Selepas lulus uji bakat, LaBrie ditawarkan untuk menjadi vokalis mereka.

Dream Theater mengeluarkan album kedua dengan LaBrie berjudul Images & Words pada 1992. Pull Me Under, menjadi hits di MTV.

Walaupun mereka mengumumkan akan menerbitkan album ke-3 dalam masa terdekat tetapi mereka terikut-ikut dengan janji Melayu, mungkin kerana banyak baca majalah Mangga yang sangat popular ketika itu. Dan album ke-3 hanya dirilis pada 1994.

Masalah yang mereka hadapi adalah, keyboardist mereka Kevin Moore pula berpecah dengan mereka. Dream Theater terpaksa mencari keyboardist sandaran dan terjumpa Derek Sherinian.

Sherinian dibawa masuk untuk jawatan keyboardist sandaran tidak terlatih sempena Waking Up – The World Tour. Selepas kecemerlangan jari jemarinya di atas papan nada, dia ditawarkan skim ahli muzik tetap dengan Dream Theater.

Rakaman pertama beliau dengan Dream Theater adalah lagu berdurasi 23 minit, A Change Of Seasons. Album baru mereka dikeluarkan pada 1996

Pada 1996, mereka banyak berpisah dengan satu sama lain kerapa side projects. Petrucci paling busy. Banyak betul projek dengan dengan band lain. Myung dan Sherinian pun sama, mahu mencari side income dengan projek lain.

PROGRESIF

Pada 1999, mereka mahu bergabung kembali. Tapi malangnya Sherinian pula tidak dapat komited dan dipecat serta merta. Mereka melantik Rudess sebagai pahlawan papan kekunci nada itu.

Rudess memberikan sisi berbeza kepada Dream Theater dengan kemampuannya untuk bermain pelbagai genre. Mereka mulai menukar sedikit konsep kepada progressive heavy metal dengan kehadiran Rudess.

Mereka mengekalkan konsep yang sama, menghasilkan album Six Degrees of Inner Turbulence pada 2002, leaner Train of Thought in 2003 dan Octavarium in 2005.

Album persembahan Live XOX mereka dikeluarkan pada 2006 dengan kolaborasi bersama 29 pemuzik orkestra.

Selepas itu mereka mengeluarkan Systematic Chaos pada 2007 dan Black Clouds & Silver Linings pada 2009.

Mereka sekali lagi bereksperimen dengan band lain di luar sana. Dan banyak side projects sekali lagi. Pada 2010, Magnini menggantikan Mike Portnoy. Satu kehilangan yang agak menyedihkan peminat Dream Theater.

Selepas beberapa tour yang memberangsangkan. Mereka masuk semula ke studio pada 2011 untuk merakamkan lagu On the Backs of Angels dalam youtube di bawah label Roadrunner.

Mereka kemudian menerbitkan album penuh pada Jun 2011 berjudul A Dramatic Turn of Events.

Selepas beberapa tour, mereka berehat sekali lagi. Namun mereka tetap aktif menulis lagu untuk projek baru mereka.

Pada 2013, Dream Theater menerbitkan self-titled studio album dengan Magnini menyertai mereka secara total. Main drum dan menulis lagu sekali.

Mereka merakamkan konsert live di Luna Park, di stadium Buenos Aires serta di Boston Opera House.

Pada 2014, Dream Theater ,merakamkan konsert Breaking the Fourth Wall.

Tidak lama selepas itu, pada Januari 2016 mereka mengeluarkan album ke-13 berjudul, The Astonishing.

AKSI DI ATAS PENTAS

Dream Theater sentiasa dianggap kumpulan yang memang dilahirkan untuk beraksi live di atas pentas.

Lagu-lagu mereka bukannya mudah untuk dimainkan. Ianya banyak transisi, drop, serta sangat progresif. Namun untuk Dream Theater benda itu hanyalah rutin yang biasa.

Mereka mementingkan kekemasan dan bunyi yang dibawa daripada studio ke atas pentas.

Setiap sentuhan itu pastinya dinantikan dan dihayati para peminat terutama sekali sentuhan Mike Portnoy dan Petrucci serta vocal range yang memukau.

PENCAPAIAN INDIVIDU

Terlalu banyak pengiktirafan individu yang mereka dapat. John Petrucci diiktiraf oleh Joel McIver sebagai gitaris metal ke-2 terbaik sepanjang zaman dalam buku beliau The 100 Greatest Metal Guitarists. Beliau juga menjadi ahli dalam G3.

Petrucci turut diiktiraf sebagai “Top 10 Fastest Shredders of All Time” oleh majalah GuitarOne magazine. Ni bukan shredding kertas kat ofis tu ye.

Jordan Rudess diiktiraf sebagai salah seorang keyboardist terhebat oleh MusicRadar.

Mike Portnoy telah memenangi 26 anugerah pelbagai kategori daripada majalah Modern Drummer. Dan menjadi drummer ke-2 paling muda diberikan Rock Drummer Hall of Fame pada usia 37 tahun.

Pengganti beliau, Mike Mangini telah mencipta 5 rekod WFD.

John Myung juga diiktiraf sebagai bassist terbaik sepanjang zaman untuk muzik metal oleh MusicRadar pada 2010. Kau tengok dia goreng bass bawah ni.

Loudwire mengiktiraf mereka mereka lebih hebat daripada AC/DC, Judas Priest, Megadeth dan Metallica.

Mereka pernah menjual album sebanyak 12 juta unit pada 2011.

Terlalu legenda!

Sumber – https://en.wikipedia.org/wiki/Dream_Theater

Baca yang lain