DT AFTV Dipenjara 3 Tahun Kerana Mengekori, Memukul Dan Culik EX Dia

Bintang penting dalam Arsenal Fan TV atau AFTV iaitu ‘Mr. DT’ telah dilabel sebagai stalker yang berbahaya selepas dijatuhi hukuman penjara 3 tahun.

DT ataupun nama sebenarnya Liam Goodenough dituduh mengintai (stalked), menyerang dan menculik wanita. Hukuman penjaranya sebelum ini hanya 12 bulan. Namun kemudian digandakan kepada 3 kali.

Pada Isnin, AFTV mengisytiharkan bahawa DT tidak akan lagi ada kaitan dengan saluran mereka lagi.

Sebelum ini mahkamah mendengar hujah pendakwaraya yang menuduh DT telah mengekori bekas teman wanitanya. Kemudian menghantar mesej berbaur ugutan kepada abang wanita tersebut kerana mahu tahu di mana lokasi mangsa.

Goodenough kemudian mengheret mangsa keluar dari bilik hotel ke dalam keretanya, dengan mengugut mangsa menyatakan bahawa dia ada pisau dan anaknya ada dalam kereta.

Wanita itu kemudian mendapati anaknya tiada dalam kereta dan cuba melarikan diri. Orang awam yang lalu lalang di situ telah membantu mangsa keluar dari kereta. DT kemudian berjaya melarikan diri sebelum dilenyek orang ramai yang mengetahui itu adalah cubaan menculik.

DT berusia 42 tahun. Sudah lama bersama dengan AFTV. Menjadi watak penting AFTV selain daripada Robbie.

Dia awalnya dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan 10 tahun pemantauan polis.

Namun peguam negara kemudian merujuk kes Goodenough ke mahkamah rayuan di bawah kesalahan sebagai Unduly Lenient Sentence (ULS) ataupun hukuman yang terlalu lembut, tidak setimpal dengan graviti kesalahannya..

Pada 13 Januari, Mahkamah Rayuan mengubah hukuman asal kepada 3 tahun penjara.

Dalam sesi pendengaran kes tersebut, peguam negara Alex Chalk QC MP berkata: “Goodenough menjadikan mangsa sebagai sasaran sehingga mangsa sangat terkejut dan ketakutan melampau.”

“Saya merujuk kepada hukuman tertuduh terlalu ringan dan saya mempertimbangkan hukuman itu tidak setimpal dengan graviti ancaman yang dia lakukan. Saya gembira kerana mahkamah rayuan setuju dengan saya.”

DT sememangnya popular, bukan di kalangan peminat Arsenal sahaja. Malah di kalangan peminat kelab lain kerana suka meroyan ketika Arsenal kalah. Dia memiliki pengikut yang ramai di saluran peribadi dan akaun peribadinya. Kali terakhir dia muncul dalam ulasan Arsenal adalah ketika mengulas kekalahan Arsenal di tangan City beberapa minggu lalu.

Dalam kenyataannya pada Isni, AFTV berkata: “Pagi ini kami mendapat tahu tentang berita berkaitan DT, yang merupakan penyumbang konten yang aktif untuk AFTV sehingga Julai 2021.”

“Kami sangat terkejut dan jijik dengan tindakannya dan sepenuhnya mengecam keganasan domestik, ataupun sebarang jenis penderaan.”

“DT pernah memberitahu kami tentang masalah peribadi dalam hidupnya, namun dengan jelas kita boleh mengatakan bahawa sejauh mana maklumat yang didedahkan oleh Kerajaan hari ini adalah baru untuk kami semua.”

“DT muncul di AFTV pada 1 Januari apabila tahap betapa teruknya kes perundangannya tidak kami ketahui [ketika itu]. Perkembangan baru-baru ini mengejutkan semua orang di AFTV.”

“Berdasarkan berita yang mengejutkan itu, DT tidak akan ada tempat lagi di saluran kami.”

Tahun lepas, Goodenough menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri, DT Football Club, yang bersaing dalam Liga Bahagian Essex, dan perlawanan kelab itu dirakam dan ditayangkan di YouTube.

Dia kekal sebagai pengarah pasukan, menurut Companies’ House, manakala pada halaman perhubungan kelab, namanya telah ditukar kepada Daniel Turner.

Dalam video terbaharu mereka, yang disiarkan pada 16 Januari 2022, dia muncul buat kali pertama dalam beberapa bulan, dengan pengulas menyatakan “ianya adalah hebat untuk melihatnya DT kembali.”

Selain itu AFTV menyatakan mereka akan memadam kesemua video yang dirakam ketika DT dalam tempoh siasatan polis selepas kesalahan itu. Dan tidak mahu mengutip keuntungan daripada video tersebut.

Namun anak DT menyatakan bahawa AFTV menipu tentang situasi yang melibatkan ayahnya. Merujuk kepada AFTV menyatakan mereka tidak tahu betapa seriusnya kes DT sebelum ini

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari