Dua Alasan De Gea Masih Belum Ada Kelab Termasuk Dengar Cakap Isterinya

Terdapat ada 2 halangan utama yang menyebabkan David De Gea masih gagal mendapatkan kelab baharu. Pertamanya dia mahu menjadi penjaga gol utama dan bukannya penjaga gol simpanan.

Kedua adalah kerana isterinya. De Gea perlu memastikan isterinya suka dengan bandar yang mereka akan duduki. David De Gea sebelum ini mendapat tawaran daripada beberapa kelab di Arab Saudi dengan bayaran gaji tinggi ditawarkan kepadanya. Namun isterinya meminta De Gea menolak tawaran dari Arab Saudi kerana dia tak suka tinggal di sana.

De Gea kemudian dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid yang pernah menjadi destinasi impiannya sebelum ini. Namun idea itu tidak disokong Ancelotti yang lebih suka dengan Kepa Arrizabalaga untuk menggantikan seketika Courtois yang berehat panjang kerana kecederaan. Ancelotti turut mempertimbangkan nama seperti Yassine Bounou namun bukan De Gea.

Seterusnya, Bayern Munich turut dikaitkan dengan De Gea namun Tuchel lebih gemar dengan ball playing keeper. De Gea kembali dikaitkan dengan Man United selepas kelab itu tidak memiliki no.2 untuk posisi itu sebelum mereka mendapatkan penjaga gol Turki.

Malangnya De Gea tidak mahu menjadi pemain simpanan di belakang Onana. De Gea malah pernah dikaitkan dengan Inter Milan bagi menggantikan Onana. Namun dia tidak berminat untuk mengisi kekosongan itu dan akhirnya Inter mendapatkan Yann Sommer dari Bayern.

Isu gaji sentiasa bukan masalah untuk De Gea. Namun dia mahu menjadi no.1 dan percaya dia masih ada peak yang luar biasa padanya. De Gea lebih rela bersara daripada menjadi pemain simpanan pada masa ini.

De Gea kini masih lagi berlatih secara sendirian. Dan berharap akan mendapat kelab baharu pada Januari akan datang. Seperti yang dinyatakan di atas, dia memilih untuk kekal di Eropah berbanding ke liga lain seperti Arab Saudi.