Dua Gol Daripada Sepakan Penjuru, Arsenal Hadiahkan Kekalahan Pertama Buat Amorim

Arsenal memberikan Ruben Amorim kekalahan pertamanya dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan 2-0 Arsenal ini benar benar penting setelah pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool keciciran mata di St James’ Park.

Prestasi memberangsangkan Arsenal pada separuh masa kedua membantu The Gunners dalam usaha mereka menewaskan musuh tradisi mereka, Man United.

Arsenal sekali lagi membuktikan bahawa mereka sangat bahaya menerusi bola mati terutama sekali sepakan penjuru. Di mana kedua dua gol mereka terhasil daripada sepakan penjuru.

Gol pertama Arsenal hadir pada minit ke-54. Ini selepas Declan Rice memberikan hantaran berkualiti dan disambar oleh Jurrien Timber.

Man United sekali lagi tiada jawapan kepada sepakan penjuru Arsenal. Ini apabila minit ke-71, William Saliba pula mencetak gol.

Saliba menjaringkan gol pertamanya musim ini. Kali ini Partey menanduk bola dari kedudukan far post. Bola terbias pada belakang Saliba dan masuk.

Secara keseluruhan Arsenal melakukan 14 percubaan dengan 6 tepat ke sasaran. Namun Man United cuma melakukan 5 percubaan dan hanya 2 on target. Bagaimanapun dua percubaan tepat itu memerlukan David Raya melakukan penyelamatan kemasnya.

Tamat perlawanan  Arsenal 2 Man United 0.

Arsenal kini berada di tangga ketiga. Terikat mata dengan Chelsea namun memiliki perbezaan jaringan yang kurang daripada The Blues.

Man United pula kembali ke 10 kelompok bawahan, berada di tangga kesebelas di belakang Newcastle yang berada di tanggan ke-10.

Dalam perlawanan tumpuan lain. Liverpool terikat 3-3 di St James’ Park.

Seterusnya Chelsea membelasah Southampton 5-1 di tempat lawan.

Kemudian Man City akhirnya kembali ke landasan kemenangan mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Forest.