Dua Kapten Kelab EPL Ini Berdepan Tindakan Kerana Tak Ikut SOP Kempen Pelangi

Dua orang kapten kelab EPL kini berdepan tindakan tegas daripada EPL kerana dianggap tidak menyokong kempen pelangi di liga itu.

Dia pemain itu dituduh memainkan sentimen agama dalam perkara ini.

Pertamanya, kapten Ipswich Town, Sam Morsy yang tidak mahu memakai lilitan pelangi itu ketika aksi menentang Nottingham Forest.

Kelab Ipswich Town mengesahkan bahawa mereka menyokong kempen pelangi dan pada masa yang sama menghormati pendirian pemain itu yang tidak mahu memakai lilitan pelangi kerana tidak selari dengan ajaran agamanya.

Sam Morsy merupakan pemain Mesir yang beragama Islam.

Seorang lagi kapten iaitu Mark Guehi. Di mana kapten Crystal Palace itu telah menulis ‘I Love Jesus’ di atas armband pelangi tersebut yang dianggap tindakan menyinggung puak pelangi.

Hal ini kerana agama Kristian juga menentang kepelangian ini. Ada peminat mempertahan tindakan Guehi ini dengan berkata: “Golongan woke ini benar benar memaksa orang pakai benda yang orang tu sendiri tak suka.”

Guehi telah melanggar SOP kempen tersebut dengan meletakkan simbol yang berkaitan dengan keagamaan di atasnya.

Dia pemain tersebut kini berdepan dengan tindakan daripada Premier League gang mewajibkan semua kapten memakai lilitan pelangi sepanjang kempen ini.

Premier League menganggap ini adalah kempen yang harus disertai semua pemain dan kelab. Jika gagal mereka akan berdepan dengan tindakan yang berat.

Agak menarik kerana kedua dua pemain bertemu pada aksi awal pagi tadi.