Dua Kesilapan Komedi Alisson Hiasi Kemenangan Arsenal Ke Atas Liverpool

Perlawanan tumpuan dan aksi terbesar minggu ini di EPL melibatkan aksi antara Arsenal dan Liverpool.

Arsenal berpeluang merapatkan jurang mata daripada perlawanan ini jika mereka menang.

Bertempat di Emirates, Arsenal menekan sejak dari awal. Pada minit ketiga lagi mereka sudah mencipta peluang keemasan.

Kemudian pada minit ke-11, Bukayo Saka memiliki peluang terbaik menerusi hantaran lintang yang sudah melintasi Alisson. Namun tandukan terbangnya tidak tepat.

Walaubagaimanapun, Arsenal terus mengasak dan mendapat gol pertama minit ke-14. Kali ini Saka tidak melakukan kesilapan lagi dan menyempurnakan peluang untuk 1-0.

Arsenal seharusnya menambah gol lagi namun mereka gagal menewaskan Alisson.

Ketika Liverpool bergelut teruk sepanjang separuh masa, mereka akhirnya menyamakan kedudukan sebelum wisel rehat.

Usaha keras Luis Diaz membuatkan Gabriel Maghalhaes tertampan bola ke gawang sendiri.

Separuh masa pertama Liverpool tanpa sebarang on target. Namun masih berjaya mengikat Arsenal yang memiliki 4 on target daripada lapan percubaan.

Pada separuh masa kedua, kedua dua pasukan memulakan perlawanan dengan seimbang.

Diaz hampir memberikan Liverpool pendahuluan sebaik sahaja perlawanan disambung.

Kemudian giliran Martin Odegaard pula memberikan masalah ke gawang Liverpool namun tidak menepati sasaran.

Pada minit ke-67, Arsenal akhirnya di hadapan. Ianya kerana kesilapan teruk dilakukan Alisson yang gagal mengeluarkan bola dan sedikit pertembungan dengan Van Dijk.

Martinelli mendapat peluang mudah daripada situasi gawang terbuka.

Liverpool terus bergelut untuk mengekang asakan oleh Arsenal. Dengan minit ke-77, tiba tiba Jakub Kiwior berada di dalam kotak penalti Liverpool dan melakukan percubaan bahaya.

Konate kemudian dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Dan pada masa kecederaan, Alisson sekali lagi membuat kesilapan komedi dengan bola melalui celah kangkangnya setelah rembatan leret Trossard. Menjadikan kedudukan 3-1.

Arsenal akhirnya menang ke atas Liverpool. Dan merapatkan jurang mata kepada beza hanya 2 mata.

 

 

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah