Dua Kesilapan Penjaga Gol Hiasai Aksi Kemenangan JDT Ke Atas Pahang

JDT berdepan dengan Pahang dalam perlawanan pertama selepas liga disambung semula.

JDT ternyata tampil dengan sangat garang pada awal perlawanan. Di mana mereka mendahului Pahang dengan 3 gol pendahuluan.

JDT di hadapan menerusi sepakan percuma oleh Leandro Velasquez seawal minit kelima lagi.

JDT menambah satu lagi gol menerusi Ramadhan Saifullah pada minit ke-15. Ianya adalah hasil umpanan killer pass yang merecik daripada Afiq Fazail.

Penjaga gol Pahang yang memutuskan untuk melakukan sweeping pula gagal melakukannya malah bertembung dengan rakannya sendiri.

Itu adalah keeper error pertama dalam perlawanan ini.

Pahang terus kusut dengan gol ketiga JDT menerusi penalti oleh Gonzalo Cabrera.

Ketika JDT selesa di hadapan, ada sedikit unsur terlalu kasual oleh Farizal Marlias yang melakukan kesilapan penjaga gol yang jarang sekali beliau lakukan.

Di mana beliau ditekan oleh Faisal Halim dan memberikan pemain itu gol mudah.

Benjamin Mora menyatakan gol itu adalah kerana kesilapan mereka. Penjaga gol hilang naluri ketika dalam situasi tersebut.

JDT tiba tiba diberikan amaran oleh Pahang apabila Herald Goulon merapatkan jurang gol pada minit ke-45.

Ianya adalah menerusi tandukan cantik daripada situasi sepakan penjuru.

Goulon terus membuktikan dirinya salah seorang goalscoring center back yang harus diberikan perhatian.

Namun pada separuh masa kedua tiada tambahan gol dicetak. Perlawanan berkesudahan JDT menang 2-3 di Darulmakmur.

Sekaligus terus selesa di singgahsana liga dengan beza 5 mata.

 

Baca yang lain