Dua Pemain Utama Kelab Belanda, Higlers Dan Reijnders Sah Wakili Indonesia

Indonesia mengumumkan 2 lagi pemain warisan untuk menjadi pemain kebangsaaan mereka iaitu Mees Higlers dan Eliano Reijnders.

Kedua dua pemain tersebut telah mengangkat sumpah menjadi warga negara Indonesia pada Isnin 30 September 2024.

Higlers merupakan pemain FC Twente. Sementara Reijnders bermain untuk PEC Zwolle. Kedua dua pemain merupakan pemain utama untuk pasukan masing masing.

Kehadiran dua bintang itu sudah dijangka oleh peminat yang sudah tak sabar melihat kedua dua pemain mengesahkan status mereka sebagai pemain kebangsaan Indonesia.

Kedua dua pemain itu boleh terus membuat debut mereka ketika Indonesia bertandang ke Bahrain dan China untuk Kelayakan Piala Dunia 2026, Zon Asia untuk kelayakan pusingan ketiga – pada Oktober nanti.

Skuad Garuda memiliki cita cita besar untuk melepasi kelayakan pusingan ketiga terutama sekali selepas mengikat Australia baru  baru ini.

Ketum PSSI, Erick Thohir menegaskan bahawa misi utama mereka adalah kelayakan pusingan keempat. Oleh itu mereka mahu memastikan Indonesia memiliki pasukan yang lebih kuat.

“Saya berharap pasukan Indonesia akan mendapat sokongan daripada semua pihak agar pasukan ini menjadi semakin ampuh. Dua perlawanan di tempat lawan menentang Bahrain dan China sangat sukar.

“Saya yakin dengan coach Shin Tae Yong sudah memiliki strategi dan perancangan yang baru. Dengan kehadiran dua pemain yang merupakan pemain utama di kelab masing masing.”