Dua Siri Call Of Duty Diundi Sebagai Video Game Paling Stress Menurut Comfy Sacks

Permainan video boleh menjadi sangat seronok. Namun pada masa yang sama membuatkan para pemainnya stress dan meroyan.

Biasalah, emosi dan video game tu dua benda yang tak dapat dipisahkan. Sebab tu banyak kes controller terbang.

Namun kadangkala pemain itu sendiri yang sukakan permainan mencabar berbanding yang lebih relaks. Sebab nak menyelesaikan sesuatu misi dengan kemahiran mereka.

Comfysacks telah membuat satu bancian melibatkan 1,000 games tegar sebagai responden. Mereka mahu tahu, apakah permainan video yang paling stress.

“Kami mengadakan satu bancian melibatkan 1,007 responden. Mereka terdiri daripada, yang bermain video game dengan kerap, hampir setiap hari, atau setiap hari, dan mereka yang bermain tidak kerap.” tegas Comfysacks.

Hasil dapatan kajian mereka melibatkan 293 responden yang bermain game dengan kadar ala kadar ataupun tak kerap sangat. 356 pula bermain video game hampir setiap hari. Dan 358 adalah gamers tegar yang bermain video game setiap hari.

Daripada pecahan itu, 59% responden adalah wanita dan 41% adalah lelaki. Kurang 1% sebenarnya responden yang menyatakan dia bukan lelaki atau perempuan. Adoi.

Dalam proses saringan memilih 50 video game paling popular, terdapat 150 responden terlibat.

Hasil dapatan kajian mendapati, ini adalah ranking permainan yang paling membuat gamers paling stress:

1. Call Of Duty: Modern Warfare (versi 2019) – 47.5%

2. Call Of Duty: Black Ops 4 – 42.3%

3. Fortnite – 41.7%

4.Halo: Fireteam Raven – 29.4%

5. Resident Evil 2 – 27.8%

6. World Of Warcraft – 26.7%

7. Final Fantasy XIV: Shadowbringers – 20.9%

8. Maden NFL 20 – 20.5%

9. Mortal Kombat – 18.1%

10. Street Fighther – 15.6%

Agak mengejutkan apabila tak ada satu pun video game dari  FromSoftware yang berada dalam senarai top 10.

Seterusnya majoriti menyatakan bahawa, bermain di PC akan membuatkan korang lebih stress sebab lebih sukar.

Ini diikuti Playstation, Xbox dan Nintendo.

Sementara itu, untuk kategori, game yang paling menenangkan dan mengurangkan stress, The Sims diundi paling tinggi dengan 38.5%. The Legend of Zelda: Breath Of The Wild tidak jauh di belakang dengan 33.3%.

Diikuti Minecraft, dengan 32.6%. Skyrim, Tetris, Pokémon Gold/Silver, Red/Blue and Sword/Shield semuanya berada dalam senarai top 10.

Sumber: Comfy Sacks

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di