Dukun Di India Ini Suruh Pesakit C 0 V I D Makan Buah Dan Duduk Depan Kipas Jika Kurang Oksigen

Seorang dukun anti-vaksin di India kini sedang tular di negaranya dan di seluruh dunia. Ini kerana dia mengeluarkan teori perubatan yang mencabar sains perubatan. Dia juga merupakan pemegang rekod Guiness kerana keupayaan memorinya.

Tetapi dia berdepan dengan banyak kritikan kerana ajarannya memudaratkan dan mengelirukan orang ramai tentang wabak c o v i d 19. Di mana Biswaroop Roy Chowdhury menyatakan penyakit yang ada itu sebenarnya boleh disembuhkan hanya dengan memakan buah sahaja.

Biswaroop Roy Chowdhury berkata: “Pada pandangan saya, orang mati bukan sebab wabak c 0 v i d, tetapi sebab cara rawatan kita yang salah,” kata Biswaroop menerusi laman rasminya.

Selain itu Biswaroop mendedahkan beberapa teori konpirasi termasuk pelitup muka yang digunakan manusia di seluruh dunia sebenarnya sudah diletakkan racun untuk mengurangkan populasi manusia terutama sekali golongan tertentu yang menjadi sasaran kerajaan dan organisasi bawah tanah yang tidak bertanggungjawab.

“Ubat ubatan yang ada di farmasi dan hospital tak akan menyembuhkan k o rona. Dan saya yakin manusia tak perlukan vaksin sama sekali.”

“Makanan yang kaya dengan buah buah buahan dan sayuran sebenarnya boleh menyembuhkan apa sahaja penyakit, bukan saja k o rona tetapi, diabetes dan AIDS.”

Doktor di India sangat bengang dengan teori Chowdhury terutama sekali dia semakin ramai pengikut. Berapa platform sudah menyekat ceramahnya termasuk Facebook, YouTube dan juga Twitter sejak tahun lalu lagi.

Tetapi para pengikut tegarnya mendapatkan ceramah Chowhdury menerusi VPN dan proxy serta perngkongsian menerusi telefon pintar.

WhatsApp sudah menegaskan bahawa mereka cuba sedaya upaya menyekat ideologi Chowdhury itu. Manakala Telegram menyatakan mereka masih berusaha.

Paling tak masuk akal, Chowdhury menyatakan, ketika India merayu bantuan oksigen dari seluruh dunia, dia menegaskan bahawa sebenarnya, pesakit yang kurang oksigen boleh mendapatkan oksigen dengan duduk di depan kipas angin sambil menghirup udara yang dilepaskan kipas tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Lalu ramai pengkritik menganggap Chowdhury semakin mengarut dan menyesatkan. Pada awalnya, pihak berkuasa menyatakan mereka memandang rendah dengan pengaruh Chowdhury dan membiarkan sahaja dia bercakap. Tetapi semakin lama semakin ramai yang percayakannya.

Chowhdury menambah pandemik yang ada sekarang sama sahaja dengan selsema biasa, walaupun sebenarnya, semakin ramai di India meninggal dunia kerana wabak tersebut.

Sekarang dia sedang melancarkan kempen anti pelitup muka dengan slogan “masks se azaadi” (“bebaskan diri dari face mask”). Hal ini kerana dia berpendapat pemakai pelitup muka sedang merisikokan nyawa mereka kepada maut kerana ada pihak tertentu telah meletakkan racun padanya.

Dia menerbitkan e-buku untuk peminatnya dan ianya laku keras. Dia menjana puluhan mungkin ratusan ribu ringgit daripadanya kerana sangat ramai pengikut.

Dalam buku itu dia menyatakan dia ada hujah tentang vaksin adalah perkara yang tidak perlu. Walaupun sejarah perubatan menunjukkan beberapa penyakit bahawa sudah diatasi dengan vaksin, tetapi Chowdhury sebaliknya membangkangnya sepenuhnya.

Dia kemudian mempromosi ubat yang diciptnya lebih sedekat lalu yang menurutnya sangat terhad kerana dilarang kerajaan. Chowdhury memberitahu wartawan Rest Of The World, Niles Christopher bahawa dia sudah bertemu beberapa orang doktor dan mencuba beberapa ubat, namun tak satu yang boleh menyembuhkan manusia – menurutntya.

India memang antara negara yang masih banyak mengamalkan perubatan tradisional dengan herba dan makanan tertentu. Namun kerajaan India merasakan bahawa, Chowhdhury telah mengambil kesempatan dengan mengenakan disclaimer: ubat yang dia berikan hanya mujarab jika orang mengikut 100% arahannya. Jika mereka tak sembuh, maka ada lah pantang larang ataupun jadual pemakanan ubat dilanggar.

Christopher mengakui, pada hari ini, Chowdhury telah mengukuhkan namanya sebagai dukun paling popular di India. Dan kini dia membuka sesi khidmat nasihat mengatasi c o v i d sehingga Rp100 ribu / RM5,500 satu kepala. Mereka yang melanggan pakej ini turut diberikan pelan diet khas.

“Dia membangunkan kerajaan digital atas namanya secara besar-besaran melalui kursus nutrisi online, program dengan menawarkan sijil, dan layanan konsultansi, dan itulah model bisnesnya,” kata Christopher.

Dia mendakwa kaedah rawatannya boleh menyembuhkan semua jenis penyakit dan mengeluarkan testimoni bahawa sudah 50,000 pesakit c o v i d sembuh menerusi programnya.

Malah seorang pakar pemakanan berpendapat ada kaedah yang dicadangkan Chowdhury yang membahayakan nyawa pesakit. Dan seorang jurutera, Jaideep Bihani menyalahkan Chowdhury di atas kematian ibunya yang mengikut arahan Chowdhury.

Pada 2017, Ibu Bihani ketika itu berusia 56 tahun merupakan pengidap diabetis, penyakit jantung dan tiroid. Ibunya telah meninggalkan ubat ubatan dan prosedur rawatan dari hospital setelah memutuskan menyertai program selama 3 hari anjuran Chowdhury.

Dalam satu video, dengan jelas Chowdhury meminta kesemua peserta berhenti memakan ubat ubatan dari hospital dan farmasi.

Ibu Bihani mengikut arahan Chowdhury dan hanya memakan ubat yang diberikannya dalam kotak khas berwarna oren serta hanya memakan buah buahan yang penuh pinggan.

Bihani berkongsi gambar ibunya yang makan buah buahan ketika sesi tersebut.

Keesokan harinya ibu Bihani pengsan dan meninggal dunia di hospital kerana serangan jantung.

Di laman rasminya, Chowdhury mengeklaim dirinya lepasan PHD dalam bidang diabetes, dari Alliance International University, Zambia. Dan dia juga seringkali menggelarkan dirinya doktor.

Baca yang lain