CBF (FAM cawangan Brazil) dilaporkan telah beberapa kali menelefon Pep Guardiola sepanjang tahun ini. Di mana CBF berminat mahu melantik Pep Guardiola sebagai pengurus tetap pasukan kebangsaan mereka.
CBF sebelum ini dikaitkan dengan Zinedine Zidane dan juga Carlo Ancelotti. Namun tiada kesepakatan yang dicapai dengan pengurus tersebut.
Brazil sedia untuk melantik pengurus asing untuk melatih skuad mereka. Dengan Pep Guardiola menjadi antara nama yang mereka mahu lantik.
CBF dikatakan terdesak mahukan Pep Guardiola pada kali ini. Kerana yakin pengurus itu akan dapat mengeluarkan prestasi terbaik daripada bakat bakat generasi baharu mereka.
Guardiola akan tamat kontrak selepas berakhir musim ini. Dia masih belum melanjutkan kontraknya di Man City.
Sebenarnya Pep Guardiola pernah berminat melatih skuad kebangsaan Brazil satu ketika dahulu. Atau lebih tepatnya selepas dia meninggalkan Barcelona.
Namun ketika itu CBF tidak memandang Pep Guardiola kerana polisi negara itu yang mengutamakan pengurus asal Brazil.
Pep Guardiola dikatakan sangat kecewa CBF tidak berminat dan tidak menghubunginya pada masa itu.
Guardiola menganggap Brazil sebagai negara yang sangat sesuai dengan taktikal dan falsafah bola sepaknya.
The Athletic melaporkan bahawa ada kemungkinan besar Guardiola akan terus kekal di City sekurang kurangnya semusim lagi.
Dan laporan sama menyebut, Guardiola juga masih berminat menjadi pengurus pasukan kebangsaan. Dia merancang mahu menjadi pengurus skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia 2030.
Negaranya, Sepanyol masih lagi dianggap sebagai antara pilihan utamanya. Selain daripada England.
Brazil juga mungkin masih dalam senarai Guardiola jika dia mahu mengendalikan skuad kebangsaan suatu hari nanti.