Dulux Minta Maaf Admin Mereka Troll Spurs Pada Hari Pengumuman Tajaan

Share on facebook
Share on twitter

Sebentar tadi, Dulux UK mengumumkan tajaan mereka untuk Tottenham Hotspur. Dalam kenyataan rasminya, Spurs menyatakan:

“Kami dengan berbesar hati mengumumkan Dulux, jenama cat nombor satu negara, sebagai Pembekal Cat Rasmi pertama kami.”

“Kerjasama ini akan menyaksikan kami mendapat manfaat daripada kepakaran dalam cat dan warna yang tidak dapat ditandingi yang disediakan oleh Dulux.”

“Sebagai sebahagian daripada pelancaran tersebut, anjing Dulux yang terkenal di dunia ini telah diberi tour di belakang tabir di Stadium dan Pusat Latihan Club.”

“Anjing Dulux yang ikonik merasai pengalaman menyepak bola ketika Club mengumumkan jenama itu sebagai Pembekal Cat Rasmi.”

“Bekerja bersama, pakar warna Dulux telah mengenal pasti warna warna cat untuk warna Club ikonik kami – teknologi warna inovatif ini akan digunakan untuk menghidupkan ruang di Stadium Tottenham Hotspur, Lilywhite House dan Pusat Latihan untuk hidup dalam warna kelab.”

“Rangkaian Dulux Trade cat berkualiti tinggi digunakan secara eksklusif oleh kelab, dengan Dulux Trade Scuffshield yang tahan lasak dan cat berasaskan air seperti Dulux Trade Diamond Eggshell dan Dulux Trade Quick Dry Satinwood memberikan pertahanan yang hebat terhadap kehausan.”

Nuno Pena, Pengarah Pemasaran AkzoNobel di UK & Ireland, berkata: “Hubungan kami dengan Tottenham Hotspur adalah sinergi sempurna dari dua jenama Britain yang ikonik.”

“Spurs adalah salah satu pasukan bola sepak terkenal di Liga Perdana dan Eropah, sementara di Dulux kekal sebagai jenama cat nombor satu negara.”

“Penyelidikan dan komitmen kami yang luas untuk pengembangan produk baru bermaksud kami dapat memberikan Tottenham Hotspur produk berprestasi tinggi yang akan memenuhi syarat yang paling mencabar, selain memenuhi standard yang paling ketat.”

“Produk-produk ini akan digabungkan dengan palet warna yang telah dipilih oleh pakar warna kami untuk fokus pada peningkatan hasil kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik untuk staf, pengunjung, pemain dan staf kejurulatihan.”

Admin Dulux buat hal

Namun keadaan tiba tiba bertukar menjadi medan troll apabila admin Dulux turut serta troll Spurs dalam beberapa siri rantaian tweet mereka hari ini.

Antaranya troll kabinta trofi Spurs yang kosong boleh digunakan untuk meletakkan tin cat.

Kemudian, admin Dulux juga menyatakan anjing Dulux itu mungkin boleh bermain CB lebih baik daripada pertahanan Spurs sekarang ini.

Ditanya sama da Dulux akan mengecat kabinet trofi yang berhabuk, Dulux membalas: “Jangan jadi bongok la, permukaan itu harus dibersihkan dulu dari habuk sebelum dicat.”

 

Dulux meminta maaf dan berkata: “Kami sangat sangat meminta maaf untuk post dari Dulux pada pagi ini, sebagai respon kepada pengumuman kerjasama kami dengan Spurs. Ini sama sekali tidak menggambarkan betapa bangganya kami menjadi cat rakan rasmi kelab. Kami akan menyiasat apa yang berlaku dan meminta maaf daripada penyokong Spurs.”

Spurs kemudian cover line troll itu dengan troll balik Arsenal dengan meme Doherty memadam tweet lama beliau. Sebelum ini Doherty pernah diperkenalkan sebagai pemain Spurs dengan video pengenalan beliau memadam tweet lama mengutuk Spurs dan menyokong Arsenal.

Doherty dengan kepala anjing menunjukkan reaksi: ‘Setel’!

Baru pagi tadi Phil Foden menjadi mangsa kepada pentadbir media sosial beliau yang tidak profesional. Dan sekarang Spurs pula kena.

Baca yang lain