Peminat bola sepak dikejutkan dengan kejadian buruk yang menimpa Christian Erikson.
Pemain Denmark itu secara tiba-tiba terjatuh dan terus tidak sedarkan diri. Pada ketika itu Eriksen mahu mendapatkan bola lontaran ke dalam dari rakan sepasukannya, dalam keadaan terhuyung-hayang.
Pemain dan pengadil perlawanan menghentikan permainan serta-merta bagi memberi laluan kepada paramedik memberi bantuan.
Ketika paramedik memberi bantuan, para pemain Denmark membuat hadangan untuk tidak membenarkan sesiapa termasuk wartawan melakukan rakaman.
Selepas 5 minit, kondisi Eriksen masih belum sedar.
- Eriksen dilaporkan kembali bernafas ketika dia diangkat untuk dihantar ke hospital.
Eriksen left the stadium conscious.
All our prayers were just answered 🙏 pic.twitter.com/ME9WXHbIX8
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) June 12, 2021
Sebelum kejadian, Denmark mempamerkan aksi luar biasa melalui serangan bertubi-tubi di kubu Finland.
Eriksen melepaskan 1 percubaan berbahaya dari luar kotak penalti, hampir mendapat gol pembukaan namun ditepis oleh penjaga gol Finland Lucas Hradecky.
Denmark mempunyai sekurang-kurangnya 3 peluang besar menjaringkan gol dalam tempoh 20 minit pertama permainan.
Denmark juga merupakan pasukan yang diramal mampu membuat kejutan besar pada Piala Eropah 2020.
Doakan tiada perkara buruk berlaku kepada Eriksen.