Durian Adalah Barang Larangan Dalam MRT Planet Marikh

Durian ni memang ramai penggemar dia. Namun harus diakui, ramai yang tidak tahan dengan bau dia.

Durian ni banyak jenis. Setiap jenis tu ada ranking dia tersendiri. Daripada yang harga paling murah kepada harga yang paling mahal.

Walaupun agak mahal, namun pencinta durian tetap tiada masalah untuk membelanjakan wang mereka untuk membeli durian. Kerana bagi mereka itu adalah satu kepuasan.

Di sebalik popularitinya di negara seperti di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, sebenarnya ramai yang tak tahan dengan bau durian.

Sehingga banyak premis, terutama sekali yang berhawa dingin, di bumi ini mengharamkan durian daripada dibawa masuk ke dalam tempat mereka.

Hal ini kerana, baunya yang melekat dan tahan lama. Ramai yang tidak tahan dengannya.

Sehingga ada yang mengenakan denda jika anda membawa masuk durian.

Durian Kerisauan Terbaru Di Marikh

Sekarang ini, durian telah mencapai satu lagi tahap luar biasa. Ini apabila durian tidak dibenarkan di angkasa lepas.

Jadi, bukan sahaja di bumi, di angkasa lepas pun durian ni kena gam.

Dalam satu drama bersiri, The Expanse, telah terlihat satu papan tanda yang biasa kita lihat, iaitu No Durian / Durian tidak dibenarkan dibawa masuk.

Ianya terdapat ketika babak Bobbie Draper menaiki tren ke Marikh.

Perkara itu dikongsi oleh para pengguna Reddit.

Ianya telah membuatkan ramai berkongsi tentangnya. Tidak sangka di planet Marikh pun ada durian dan tak boleh dibawa masuk ke dalam MRT mereka.

Jadi, berpesanlah kepada rakan-rakan korang yang mahu jadi angkasawan ke Marikh tu.

Korang boleh tengok papan tanda itu pada minit ke-18, siri tersebut.

Namun adakah ianya benar-benar durian?

Pengarah kepada drama tersebut, iaitu Breck Eisner menyatakan sebenarnya itu bukan durian. Tetapi ianya adalah telur easter. Pun pelik jugalah, larangan telur easter di Marikh.

Ataupun beliau memang salah pilih papan tanda?

 

Baca yang lain