Dusan Tadic Tamatkan Kontrak Dengan Ajax Sebab Kedekut

Kapten Ajax, Dusan Tadic memutuskan untuk menamatkan kontraknya dengan Ajax selepas kelab itu dianggap kedekut berbelanja. Dusan Tadic semalam sudah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Ajax dan bertanya hala tuju kelab itu.

Tadic tidak gembira dengan kelab yang tidak aktif membeli pemain pemain baharu pada beberapa jendela perpindahan. Namun berterusan menjual pemain ke kelab lain.

Terbaru Ajax menjual Jurrien Timber ke Arsenal. Dan tidak ada menunjukkan tanda tanda mahu membeli pertahanan berkelas dunia untuk menggantikan pemain tersebut.

Ajax kemudian bersetuju untuk menamatkan kontrak Dusan Tadic atas persetujuan bersama.Dan pemain itu dilepaskan secara serta merta, bergelar ejen bebas.

Tadic yang merupakan kapten Ajax telah meninggalkan kelab itu dengan rekod 241 penampilan, 105 gol dan 112 assist.

Dianggap antara pemain paling kreatif untuk Ajax pada eranya.

Aksinya ketika menentang Real Madrid pada 2019 dianggap sebagai salah satu aksi terbaik dalam sejarah UCL untuk aksi individu. Di mana lama L’Equipe memberikannya rating 10/10.

Dengan pemergian Dusan Tadic ini bermakna pasukan yang beraksi pada separuh akhir UCL 2019 semuanya sudah meninggalkan Ajax.

Tadic sebelum ini dijanjikan bahawa kelab akan terus membina pasukan yang akan mencabar kejuaraan termasuk UCL. Itu antara sebab dia melanjutkan kontrak bersama Ajax sebelum ini.

Ternyata Ajax menjadi feeder club kepada kelab lain. Lebih banyak menjual berbanding usaha mahu membentu pasukan memnenangi trofi.

Tadic sebahagian daripada generasi emas Ajax yang mengembalikan semula kejuaraan Liga Belanda ke kelab itu selepas kemarau agak lama untuk kelab seperti Ajax.

Ke manakah destinasi Tadic yang seterusnya?