Presiden Filipina Rodrigo Duterte dikenali dengan cara ekstrimnya memerangi dadah haram di negaranya. Dan dia mempertahankan tindakannya kerana menurutnya dia berbuat demikian kerana cintanya kepada negara dan anak bangsanya.
Sepanjang pentadbirannya, ribuan pengedar dan penagih dadah telah dibunuh ataupun terbunuh. Sama ada di tangan polis ataupun sesama orang awam.
Dalam ceramah terbarunya, Duterte turut melaungkan amaran untuk memerangi rasuah di negaranya. Dan menafikan bahawa dia mengambil duit dari China untuk membiayai kempen pilihanraya presiden pada 2016.
“Ketika saya angkat sumpah pertama kali, saya sudah berikrar memerangi dadah dalam masa enam bulan, rasanya itu di Davao. Di mana kamu boleh merasuah ataupun memberikan orang duit,” kata Duterte merujuk kepada menteri, diplomat malah hakim sekalipun boleh dibeli.
“Namun saya tak tahu bahaw saya berperang dengan kerajaan saya sendiri, kastam dan semua orang yang terlibat bersubahat dalam penyeludupan dadah. Perjalanan kita masih jauh dalam usaha memerangi dadah.”
Duterte mempertahankan dasar yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. Kerana menurutnya, selepas mereka melakukan operasi memerangi dadah besar besaran, ramai pengedar dadah menyerahkan diri dan dadah diserahkan kepada kerajaan untuk dineutralkan.
Ribuan orang ditahan dan disiasat serta didakwa.
“Saya beri amaran, kepada sesiapa yang cuba memusnahkan negara saya, saya akan bunuh kamu. Dan kepada sesiapa sahaja yang menghancurkan anak muda negara kita, saya akan bunuh kamu.”
Duterte kini berikrar mahu memeraingi rasuah dalam masa 3 sehibgga ke enam bulan.
“Rasuah ini satu endemik. Tiada siapa tahu cara menghentikannya kecuali kamu mengubah sistem. Tembak semua yang terlibat dan gunakan undang undang tentera.”
Ceramah khas ini adalah menandakan setahun sahaja lagi beliau memimpin Filipina sebelum melepaskan jawatannya tahun depan. Dan Duterte sudah membayangkan beliau mahu terus dalam kerajaan dengan bertanding dalam pemilihan timbalan presiden.
Bagaimana Presiden Duterte Memerangi Dadah Di Filipina
Sebuah dokumentari terbitan National Geographic berjudul, The Nightcrawlers berjaya tersenarai dalam senarai pendek untuk pencalonan Oscar 2019.
Mungkin ramai yang dah menyaksikan dokumentari bagaimana Presiden Rodrigo Duterte di Filipina memerangi masalah najis dadah di negaranya.
Mereka menggunakan cara yang sangat agresif dan dianggap kejam bagi sesetengah orang.
Namun alasan, Duterte adalah, beliau akan melakukan apa sahaja untuk memerangi dadah, kerana ia barah kepada negaranya. Duterte menggelar ia Operation Double Barrel.
The Nightcrawlers memaparkan realiti kenaikan angka kematian kerana kempen memerangi dadah yang diisytiharkan oleh Presiden Rodrigo Duterte.
Ada yang melaporkan angka korban dala masa 3 tahun mencecah lebih 20,000 nyawa. Mereka yang dibunuh adalah pengedar dan juga pembeli, ataupun penagih dadah.
Kerajaan mengamalkan polisi drastik iaitu “shoot then ask” serta ‘shoot to kill’, membuatkan ada yang tidak pasti sama ada si mati benar-benar pesalah.
Polis bertopeng menjadi pemburu pengedar dan penagih dadah. Ada juga pembunuh upahan yang menjalankan tugas untuk mendapatkan ganjaran daripada kerajaan jika membunuh pengedar dan penagih dadah.
Cara Presiden Duterte itu sangat brutal. Ramai yang menyokongnya dan ada ramai juga yang mengkritiknya. Malah rakyat Filipina sendiri berbelah bagi tentangnya dan ada yang melakukan protes.
Dalam The Nightcrawlers, ada beberapa wartawan dan jurugambar yang mendedahkan di sebalik kempen perangi dadah oleh Duterte.
Mereka cuba merungkai konflik dihadapi oleh kedua – dua pihak. Mereka cuba menceritakan berdasarkan kacamata mereka selaku pengamal media.
Berdasarkan sinopsis, dokumentari ini mahu mendedahkan realiti sebenar di sebalik kempen memerangi dadah ini merangkumi apa sahaja, termasuk korban nyawa.
Wartawan veteran, Raffy Lerma mengetuai kumpulan ini. Lerma berkata kepada Huffington Post: “Kami hanya menjalankan tugas kami. Ianya sebahagian daripada sejarah negara. Mungkin sejarah hitam untuk Filipina, tetapi kami harus menunaikan tanggungjawab kami.”
Dokumentari ini diarahkan oleh Alexander Mora dan diterbitkan oleh penerbit yang pernah memenangi anugerah, Joanna Natasegara.
Dokumentari ini mahu memaparkan realiti dari kedua-dua belah pihak. Pada sipnosis turut ditulis: ‘Mendedahkan kisah sebenar yang mengerikan di sebalik perang Duterte.”
Dokumentari ini ditayangkan secara atas talian menerusi aplikasi Nat Geo TV. Namun untuk negara-negara di luar Amerika Syarikat ianya adalah konten yang tidak boleh ditayangkan.
Korang layanlah trailer di sini. Layan trailer pun dah rasa power benda ni.
Beberapa dokumentari tentang operasi dadah ini juga telah mendapat perhatian global.
Sumber: Mashable