Dybala Dan Paolo Maldini & Daniel Maldini Positif Covid-19

Penyerang Juventus dan Argentina, Paulo Dybala dan bekas kapten Itali Paolo Maldini telah diuji positif COVID-19. Perkara itu disahkan oleh Juventus dan AC Milan sendiri.

Ianya pasti berita yang tidak enak untuk didengar oleh peminat bola sepak. Tak kira anda penyokong Juventus, dan AC Milan ataupun sebaliknya.

Dalam kiriman di akaun Instagramnya, Dybala berkata beliau dan teman wanitanya positif virus selepas menjalani ujian saringan.

Namun pemain kebangssaan Argentina tersebut memberitahu para pengikutnya, bahawa beliau dan teman wanitanya berada dalam keadaan baik.

Paolo Dybala adalah pemain Juve ketiga yang disahkan memiliki virus itu selepas rakannya, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

Dybala berkata: “Kedua-dua kami, saya dan Oriana telah diuji positif. Nasib baik kita berada dalam keadaan sempurna.”

Pengarah teknikal AC Milan, Paolo Maldini dan anaknya, Daniel – kedua-duanya juga didapati positif koronavirus.

AC Milan dalam kenyataan rasminya juga mengesahkan bahawa kedua dua mereka berada dalam kondisi yang baik.

AC Milan menambah, Daniel Maldini, 18 tahun, telah menjalani latihan dengan pasukan pertama AC Milan.

Kini Daniel dan ayahnya, Paolo Maldini, 51, akan menghabiskan masa dua minggu untuk pengasingan diri di rumah dan kekal dalam kuarantin sehingga disahkan pulih secara klinikal.

Prosedur itu biasanya untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

AC Milan berkata: “Dengan ini, AC Milan memaklumkan bahawa Pengarah Teknikal Kelab. Paolo Maldini disahkan positif koronavirus.”

“Beliau mengetahui bahawa beliau telah bersentuhan dengan orang yang positif virus tersebut. Dan Paolo Maldini mengalami gejala yang berterusan.”

“Begitu juga, anaknya Daniel, penyerang AC Milan yang menyertai pasukan utama.”

“Paolo dan Daniel berada dalam keadaan yang baik. Dan selepas menghabiskan lebih daripada dua minggu di rumah mereka, tanpa berhubung dengan dunia luar, mereka akan menjalani kuarantin lanjutan untuk memastikan mereka pulih secara klinikal.”

Itali terjejas teruk

Semua aktiviti sukan domestik di Itali telah digantung sehingga sekurang-kurangnya 3 April. Namun berdasarkan situasi semasa yang meruncing, dijangka kerajaan Itali akan melanjutkan lagi tarikh tersebut.

Itali merupakan negara yang paling teruk terjejas koronavirus. Pada Sabtu, 22 Mac 2020, Itali mencatatkan rekod baharu angka kematian dalam sehari kerana COVID-19.

Ini selepas Itali melaporkan hampir 800 kematian dalam sehari ataupun angka tepatnya 793 kematian.

Angka itu menjadikan jumlah kematian keseluruhannya pada Sabtu adalah 4,825.

Ini menjadikan Itali terus menjadi negara paling banyak kematian disebabkan oleh COVID-19. Kira-kira 38.3% daripada kematian kerana COVID-19 secara global adalah di Itali.

Selain itu, kadar kes baharu pada Sabtu meningkat sebanyak 6,557 dalam masa sehari kepada 54,578 secara keseluruhannya.

Angka korban di wilayah panas, utara Lombardi yang berdekatan dengan Milan telah melepasi 3,000 kematian.

Utara Itali telah menjadi kawasan paling teruk terjejas kerapa penularan wabak COVID-19. Ianya kira-kira 2/3 daripada kematian kerana COVID-19 di Itali adalah dari sana.

Bersama sama kita mendoakan agar dunia segera pulih daripada serangan wabak koronavirus.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.