Paulo Dybala menyatakan dia berasa terharu dengan Jose Mourinho ketika Argentina menjuarai Piala Dunia. Di mana pengurusnya di AS Roma itu terus menghubunginya berkali kali untuk mengucapkan tahniah. Namun pada masa itu Dybala terlepas 5 panggilan daripada Mourinho.
Ini kerana ketika itu Dybala perlu pergi ke bilik ujian doping kerana dia terpilih secara rawak dari kalangan pemain untuk menjalani ujian tersebut.
“Ketika aksi final Piala Dunia menentang Perancis berakhir, saya berada di bilik ujian doping untuk pemeriksaan rawak.”
“Kemudian barulah saya pergi ke bilik persalinan. Saya mencapai telefon saya dan mahu menghubungi keluarga saya. Saya melihat tertera sudah ada 5 panggilan yang terlepas daripada Mou [Jose Mourinho].”
“Seingat saya, saya call dia [Jose Mourinho] terlebih dahulu. Kemudian barulah saya call emak saya.”
“Mourinho sangat sangat gembira Argentina menjuarai Piala Dunia kerana dia seorang yang sukakan negara Argentina.”
Argentina menewaskan Perancis dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 untuk aksi 120 minit.
Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara itu. Menamatkan kemarau penantian sejak 1986, ketika itu ada legenda sejati Diego Maradona bersama dengan La Abiceleste.
Dan pada edisi Piala Dunia 2022, seorang lagi pemain yang dianggap GOAT, Lionel Messi mengetuai Argentina untuk menjulang Piala Dunia.
Jose Mourinho was the first person to congratulate Paulo Dybala when he won the World Cup ❤️ pic.twitter.com/cjvu0rUPcw
— GOAL (@goal) November 8, 2023
Paulo Dybala dibawa masuk oleh Jose Mourinho ke AS Roma. Pemain itu mendedahkan, Mourinho adalah faktor utama dia menyertai AS Roma selepas kontraknya dengan Juventus tidak disambung.