DynaTAC 8000x: Handphone Komersial Pertama Bernilai RM16,433, Dicaj 10 Jam, 30 Minit Waktu Berbual

Motorola DynaTAC merupakan siri yang menjadi datuk moyang kepada telefon pintar pada hari ini. Ianya dihasilkan oleh Motorola pada 1983. Siri DynaTAC ini berlanjutan sehingga 1994.

Motorola DynaTAC 8000X merupakan telefon bimbit komersial portable yang pertama di dunia.

Ianya dihasilkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 1983. Namun pada 1984, barulah ia dijual ke pasaran umum.

Untuk mengecas telefon bimbit ini, memerlukan 10 jam, kau tau. Berbeza hari ini telefon bimbit korang tu boleh cas sekitar sejam dengan fast charger.

Paling menarik, ianya hadir dengan paparan LED. Dan boleh meyimpan 30 kenalan di dalamnya. Jadi pemilik dia masih memerlukan buku telefon kecik untuk mencatat nama member yang ada telefon tu.

Harga dia boleh tahan juga mahal dia. Sekitar $3,995 ataupun sekitar RM16,433 pada tahun 1984. Banyak tu kau boleh beli dengan duit tu. Siap boleh beli kereta mewah sebijik masa tu. Nilai dia kalau nak banding duit pada hari ini dikatakan $9,831 ataupun RM40,400 macam tu.

DynaTAC adalah kependekan nama untuk “Dynamic Adaptive Total Area Coverage.”

Ianya muncul dalam filem lakonan Michael Douglas dan Charlie Sheen, Wall Street pada 1987.

Beberapa model yang lain dikeluarkan selepas ini, termasuk DynaTAC 8000s pada 1985. Dengan kemaskini pada penerimaan isyarat.

DynaTAC kemudian digantikan dengan anaknya MicroTAC yang dikeluarkan pada 1989. Dan pada 1996, keluar pula StarTAC.

Idea menghasikan telefon pintar ini bermula di Bell Labs pada 1947. Kajian lebih mendalam dan lebih meluas dibuat pada tahun 1950-an dan 1960-an. Pelaburan yang besar dilakukan oleh Motorola ketika itu.

Pada 1960, jurutera elektrik, John F. Mitchell dilantik menjadi ketua jurutera Motorola kerana kepakaran beliau dalam penghasilan alatan telekomunikasi.

Mitchell mahu menghasilkan satu alat yang boleh menggantikan pager pada ketika itu yang digunakan.

Motorola awalnya menghasilkan telefon portable yang digunakan di kereta. Ianya sangat berat dan makan banyak tenaga bateri.

Mitchell kemudian dibantu Martin Cooper, akhirnya diberikan kebenaran untuk menghasilkan paten untuk telefon bimbit pada 1973.

Menurut laporan, telefon prototaip tersebut akhirnya berjaya digunakan untuk menghubungi nombor telefon lain, cuma masa tu, nombor pertama mereka cuba hubungi adalah ‘salah nombor.

Motorola memang sedang berusaha menghasilkan telefon cellular mereka sejak 1968 lagi. Bell Labs pula bersuha dalam rekaan sistem dipanggil AMPS.

Martin Cooper,bekas Pengarah di Jabatan Sistem Motorola, mengetuai pasukannya menghasilkan DynaTAC 8000x. Telefon bimbit komersial pertama yang manusia boleh bawa ke sana ke sini.

Martin Cooper adalah manusia pertama menggunakan telefon tersebut menghubungi orang lain menggunakan protaipnya.

Namun masalah utama mereka adalah kesukaran untuk menjual telefon itu kerana harganya terlalu yahudi. Harga runcit adalah $3,995, macam aku tulis atas itu.

Walaupun ia bukanlah gadget yang mampu milik, namun Motorola tetap berjaya menjana keuntungan keseluruhan sekitar $30 billion hasil daripada jualan kepada orang berada dan juga sistem yang mereka bangunkan.

Beberapa butang penting pada DynaTAC pada masa itu termasuk:
Rcl (recall)
Clr (clear)
Snd (send)
Sto (store)
Fcn (function)
End
Pwr (power)
Lock
Vol (volume)

DynaTAC 8000x ni memang besar sampaikan mat salleh pun paggil ia telefon batu bata.

Jadi, itula kisah ringkas telefon bimbit Motorola DynaTAC yang menjadi alat penting yang mencetuskan telefon bimbit sehinggalah ke generasi telefon pintar pada hari ini.

Walaupun kau beli telefon batu bata tu mahal, namun tak semua tempat kau dapat signal tau.

Meh layan sikit iklan dia dulu:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di