Dzeko Ejek Icard: “Terlanggar Tiang Gol Pun Merengek Minta Penalti Kat Instagram”

Edin Dzeko mengejek Mauro Icardi yang menurutnya, telah merengek meminta penalti menerusi Instagram selepas terhantuk pada tiang gol.

Aksi derbi antara Fenerbahce dengan Galatasaray berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Namun berlalu insiden yang menarik perhatian apabila Muaro Icardi mengalami kesakitan yang teruk ketika dia terlanggar tiang gol. Pemain itu meminta penalti kerana dia mendakwa dirinya ditolak.

Dzeko berkata: “Icardi terlanggar tiang gol dengan kepalanya, dan dia memuat naik gambarnya di Instagram dan menangis meminta penalti. Tipikal sikap mereka. Memalukan.”

Galatasasaray mempertahankan Mauro Icardi yang menurut mereka telah menjadi mangsa kepada Fenerbahce yang menurut mereka cuba mengawal semua saluran bola sepak Turki.

“Mereka yang hanya mahukan keadilan untuk diri mereka sendiri sahaja, berterusan memanipulasi bola sepak Turki dari segenap saluran malam ini.”

“Bilik VAR, dan 26 buah kamera tidak dapat melihatnya, kami merasa sangat malu untuk pihak mereka [bola sepak Turki].”

“Kepada mereka yang menjadikan bola sepak Turki sampai ke tahap ini akan berasa malu.”

Fenerbahce tidak berdiam diri dengan kenyataan daripada Galatasaray itu. Mereka pun membalas: “Cuba mencipta situasi diri sebagai mangsa menerusi pemain yang terlanggar tiang gol. Kami biarkan sahaja orang awam yang menilai.”

Satu lagi sudut pandangan menunjukkan bahawa Icardi tidak ditolak. Tetapi dia meluru ke arah tiang gol dan terlanggar tiang.

Peminat Galasaray seterusnya menyatakan bahawa mata Icardi lebam bukan sebab insiden tiang gol itu. Sebaliknya kerana insiden lain. Icardi dikatakan telah ditumbuk oleh pemain Fenerbahce.

Ada juga mendakwa insiden ini adalah paling logik kenapa mata Icardi bengkak dan lebam.

 

Selepas 17 perlawanan, kedua dua pasukan terikat dengan 44 mata. Fenerbahce berada di puncak liga dengan kelebihan dari segi perbezaan jaringan.