€500 Juta Untuk Keluarkan Barca Daripada Krisis Ekonomi Kritikal

Naib Presiden Ekonomi Barcelona, Edward Romeu mengesahkan kepada The Athletic bahawa Barcelona kini memerlukan €500 juta lagi untuk menyelamatkan Barcelona keluar dari krisis ekonomi yang kritikan.

Semuanya kerana salah tadbir oleh Josep Bartomeu sebelum ini yang meletakkan kelab dalam hutang yang sangat tinggi.

Romeu menyatakan bahawa berlaku masalah ketidakseimbangan yang teruk pada akaun mereka. Beliau turut menyatakan bahawa Barcelona boleh menarik nafas lega kerana berjaya mengelakkan Barcelona daripada menanggung beban hutang yang lebih banyak.

Beliau memuji Joan Laporta yang membantu kelab daripada menanggung beban hutang tambahan daripada yang sedia ada. Menurut Romeu, jika Laporta tidak bertindak agresif dalam isu itu, Barca mungkin menderita hutang €150 juta lagi.

Ketika Laporta mengambil alih, Barcelona berhutang sekitar £1.15 billion pada 2021.

Krisis ekonomi yang teruk membuatkan mereka terpaksa kehilangan Lionel Messi. Di mana mereka tidak mampu untuk mendaftarkan legenda no.1 kelab itu pada era moden.

Pandemik yang melanda memberikan kesan yang sangat teruk selepas kegagalan urus tadbir kewangan Barcelona.

Walaupun sudah melakukan segalanya yang mereka mampu, Barcelona hakikatnya masih berhutang dengan tinggi. Mereka masih tidak dapat mendaftarkan beberapa pemain baharu yang mereka mahukan termasuk Franck Kessie dan juga Christensen.

Romeu berkata: “Ianya kritikal, namu kelebihannya berbanding tahun lalu, kamu tahu di mana kami berada di mengesan di manakah masalahnya. Kami turut tahu di mana drama ini semua.”

Ditanya, berapa lagi wang yang mereka perlukan untuk mengeluarkan Barcelona daripada masalah kewangan yang kritikal, Romeu menjawab:  “€500 juta.”

“Saya dan katakan sebelum ni, kalau ada orang nak tengok saya selamatkan Barca, berikan saya €500 juta. Itu jumlah yang kita perlukan untuk menyelamatkan Barca.”

Romeu ditanya, adakah wajar untuk menyalahkan Bartomeu sebagai dalang kepada permasalahan ini.

Dia menjawab: “Situasinya jelas. Ianya ‘diwariskan’ oleh pengurusan sebelum ini. Ada la perkara yang mereka tidak lakukan dengan betul. Dan benda dah pun jadi kan.”

Xavi Hernandes masih berharap Barcelona akan dapat menyelesaikan segera masalah kewangan mereka. Beliau dikatakan berminat mahu mendapatkan pemain seperti Robert Lewandowski. Namun tidak dapat mendaftarkan pemain itu berdasarkan situasi semasa.

Barcelona berharap dapat menjual pemain seperti Frenkie De Jong untuk membuka ruang kepada mereka membeli pemain atau mendaftarkan pemain baharu.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.