EA Keluarkan Trailer FIFA 21 Dengan Dual Entitlement, Apa Benda Tu?

Electronic Arts (EA) akhirnya memberikan trailer terbaru mengenai game utamanya

Pada video teaser, EA menampilkan dua versi game utamanya iaitu FIFA 21 dan American Football di Madden 21. Dalam trailer FIFA 21 ini Kylian Mbappe menjadi watak utama.

Seperti yang sudah dijangka, FIFA 21 bakal dirilis di dua konsol baharu yang hadir hujung tahun ini iaitu Playstation 5 dan Xbox Seri X.

Selain itu, teknologi-teknologi baru dan peningkatan signifikan juga akan hadir di dalam FIFA 21 dalam PS 5 dan Xbox seri X. Meski begitu, belum diketahui detail lebih lanjut mengenai game di konsol baru tersebut.

Dalam teaser ini, beberapa bintang dan pemain ditampilkan seperti Kylian Mbappe, duel pemain – pemain Liverpool dan Manchester City serta penampilan dari luar Anfield serta sorakan di dalamnya.

Ianya nampak sangat real.

Dalam video itu tersebut juga menampilkan pemain lain seperti pemain Real Madrid Eden Hazard, pemain Liverpool Virgil van Dijk dan pemain Tottenham Hotspur Steven Bergwijn.

Sayangnya, belum ada kepastian kapan versi PlayStation 5 dan Xbox Series C dirilis.

Korang boleh saksikan trailer rasmi di bawah ini:

Namun akan ada skema untuk Dual Entitlement bagi game ini.

Apa itu Dual Entitlement? Sebelum ini EA menyatakan sistem ini membolehkan warga gamer akan boleh melakukan salinan dari PS 4 ke PS 5 atau dari Xbox One ke Seri X secara percuma.

Jadi, bagi korang yang ada PS4 dan bercadang nak beli PS5, tiada masalah nak beli game ni. Boleh ditransfer.

EA Sport mengatakan akan ada lebih banyak detail tentang gameplay, mode karier, Volta, Pro Clubs dan Ultimate Team pada Ogos nanti.

Sebelum ini FIFA 20 seperti versi sebelumnya menerima beberapa kritikan. Bagaimana dengan FIFA 21?

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari