EA Sports dan FIFA telah secara rasmi menamatkan kerjasama mereka dalam permainan video bola sepak terkemuka FIFA, dan ia telah disahkan.
Berita tentang perkara itu sudah pun diwar warkan beberapa bulan lalu. Dan kini kenyataan di laman web rasmi EA Sports, Cam Weber, EVP, Group GM EA SPORTS & Racing, mengumumkan perubahan monumental bermula tahun depan.
EA Sports menukar nama permainan video bola sepak mereka kepada ‘EA Sports FC’ pada masa hadapan, walaupun masih akan mengekalkan lesen dan perkongsian eksklusif dalam “era baharu yang menarik”. Butiran lanjut akan terus dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Berita itu penamatan hubungan kerjasama hampir 30 tahun antara EA dan FIFA, menyaksikan berakhirnya siri permainan FIFA yang sudah wujud sejak FIFA 95.
🕹 ⚽️ 🚨 Put the controller down: FIFA and EA Sports hugely profitable marriage is over, two sides fail to find agreement to extend 3-decade FIFA video game deal
Step forward EA Sports FC — new name, same game but no more World Cups after 2023 (for now)https://t.co/TgLewz1xWe
— tariq panja (@tariqpanja) May 10, 2022
Namun beberapa kelab terutama sekali di EPL sudah mengumumkan bahawa mereka adalah rakan kongsi esklusif kepada EA Sports FC.
Selain itu Liga Perdana Inggeris, UEFA dan Nike masih dikaitkan dengan permainan bola sepak EA Sports, dengan FIFA 23 merupakan keluaran terakhir dalam kerjasama antara EA Sports dengan FIFA.
Dalam kenyataan rasminya, EA Sports FC menerusi EVP mereka, Cam Weber menyatakan: “Platform bebas baharu ini akan membawa peluang baharu – untuk berinovasi, mencipta dan berkembang. Ini lebih daripada sekadar perubahan simbolik – sebagai EA SPORTS, kami komited untuk memastikan EA SPORTS FC adalah simbol perubahan.”
EA Sports' football video game franchise will be known as EA Sports FC from 2023 onward after the company failed to reach an agreement with FIFA on a new deal 🎮 pic.twitter.com/cn1U1ApvnW
— B/R Football (@brfootball) May 10, 2022
“Kami berdedikasi untuk melabur semula secara signifikan dalam sukan ini, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan bilangan rakan kongsi yang ramai dan semakin meningkat untuk berkembang kepada pengalaman tulen baharu yang membawa kegembiraan, keterangkuman dan penyerapan kepada komuniti peminat global.”
“Saya berharap untuk berkongsi butiran lanjut tentang rancangan ini dalam beberapa bulan akan datang.”
“EA SPORTS FC akan membolehkan kami merealisasikan masa depan ini dan banyak lagi, tetapi sebelum itu kami akan mempersembahkan permainan kami yang paling luas dengan rakan kongsi hak penjenamaan semasa kami, FIFA, untuk satu tahun lagi.”
“Kami komited untuk memastikan FIFA yang seterusnya adalah yang terbaik yang pernah ada, dengan lebih banyak ciri, mod permainan, kandungan Piala Dunia, kelab, liga, pertandingan dan pemain daripada mana-mana siri FIFA sebelum ini.”
🚨OFFICIEL | FIFA se renomme Ea Sports FC. pic.twitter.com/jPHAEc53rp
— Real Madrid 🇫🇷 (@RMadridFrance_) May 10, 2022
“Kami sangat teruja untuk membina masa depan bola sepak global bersama anda semua, dan dengan senang hati akan berkongsi maklumat lanjut tentang EA SPORTS FC pada Musim Panas 2023.”
“Masa depan sukan ini sangat besar dan cerah, dan peminat bola sepak menjangkau seluruh pelusuk dunia. Bola sepak global telah menjadi sebahagian daripada EA SPORTS selama hampir tiga puluh tahun – dan hari ini, kami memastikan ia akan berterusan selama beberapa dekad mendatang.”
Sebelum ini Weber berkata EA sedang menyemak semula perjanjian hak penamaan mereka dengan FIFA dan syarikat itu memfailkan tanda dagangan di UK dan EU yang membayangkan penamatan kontrak itu.
Permainan video bola sepak paling popular di dunia, EA mempunyai lebih 300 rakan kongsi lesen individu dan hasilnya mempunyai akses kepada lebih 19,000 pemain dan 700 pasukan, lebih 100 stadium dan 30 liga, serta pertandingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.
Beberapa bulan lalu, beberapa laporan menyebut bahawa EA Sports sudah tak tahan dengan sikap tamak FIFA yang merancang mahu meminta lebih daripada $1 bilion untuk hak menggunakan namanya selama empat tahun.
Ini meliputi satu kitaran Piala Dunia – iaitu lebih daripada dua kali ganda bayaran EA buat sebelum ini.
Oleh sebab itu EA Sports merancang untuk menukar haluan dengan menukar jenama permainan mereka daripada menggunakan nama FIFA kepada EA Sports FC.
We’re In The Club.
Learn More July 2023. #EASPORTSFC pic.twitter.com/xtFM21zoPN
— Liverpool FC (@LFC) May 10, 2022
Bukan itu sahaja tetapi FIFA mahu mengehadkan lesen semata-mata kepada permainan video tradisional, manakala EA mahu ia menyertakan sorotan permainan, kejohanan permainan video dan NFT.
Memandangkan tuntutan tersebut, rancangan EA untuk segera memikirkan langkah baharu dalam perjanjian mereka dianggap masuk akal, terutamanya kerana kebanyakan lesen untuk kelab, pemain dan stadium adalah dari tempat lain, seperti kesatuan pemain FIFPro – yang menandatangani perjanjian baharu dengan EA Sports, untuk terus menggunakan wajah pemain sebenar dalam permainan akan datang.
Satu-satunya perkara yang EA akan benar-benar kalah, selain nama FIFA, ialah Piala Dunia, yang semuanya merupakan sebahagian daripada lesen FIFA yang sama dan tidak boleh disertakan dalam permainan baharu, apa sahaja namanya, tanpa membuat perjanjian baharu .
🚨 FIFA wants to charge EA double the amount to license the EA Sports game.
The new licensing fee would be over $1bn every 4 years, which would explain why EA have registered the trademark 'EA Sports FC', as they're looking to change the name of the game.
(Source: NY Times) pic.twitter.com/b5kpXb4rpd
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 14, 2021
Kerjasama dengan EA merupakan antara perjanjian komersial FIFA yang paling menguntungkan, jadi organisasi itu mungkin berada dalam masalah kewangan yang sebenar selepas ini.
Pemain mungkin tidak peduli apa nama permainan itu tetapi dengan perjanjian pelesenan semasa yang akan berakhir selepas Piala Dunia tahun depan di Qatar. Mujur FIFA 23 disahkan akan diteruskan.