Earbuds Yang Dicalit LV Ini RM3,400 Lebih Mahal Daripada AirPods Pro

Sekarang ini berlambak syarikat yang menghasilkan wirless earbuds. Dulu kemain diorang troll Apple kan?

Earbuds sekarang bukan sekadar alat sokongan kepada gadget, tetapi ramai juga yang menjadikannya fesyen.

Sebuah jenama audio premium iaitu Master & Dynamic bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal iaitu Louis Vuitton.

Kerjasama ini telah menghasilkan Horizon Earphones / earbuds.

Harganya jauh lebih yahudi mabuk daripada iPhone.

Harga sebiji adalah US$1,090 ataupun sekitar RM4,420. Di mana harga seketul iPhone 11 Pro 64GB pula sekitar $999 ataupun dalam RM4,052.

Kalau korang tambah sikit lagi dalam RM240 dapatlah korang yang vers 256GB.

Sebagai perbandingan earbuds keluaran Master & Dynamic yang premium sebelum ini tanpa ada calitan Louis Vuitton iaitu MW07 Plus, dijual US$299 ataupun sekitar RM1200 macam tu la.

Dan ciri-ciri yang ada pada MW07 hampir sama dengan Horizon Earphones. Kedua-duanya ada Active Noise-Cancelling dan juga Ambient Listening Mode, serta terhubung menggunakan Bluetooth 5.0 yang boleh korang gunakan dalam jarak 100 kaki daripada fon korang.

Buat masa ini, rasanya ini earbuds yang paling mahal dalam pasaran.

Hayat bateri kedua-duanya pun sama dengan 10 jam untuk mendengar muzik. Dan dengan pengecas, boleh dapat hayat beteri 30 jam. Kerana dalam bekas pengecas dia ada slot pengecas tambahan.

Untuk versi LV, korang boleh dapat bekas pengecas diperbuat dari stainless steel, diinspirasikan daripada jam Tambour Horizon.

Dan sekali lagi, hanya dengan ada label LV pada earbuds ini, markup price dia terus nak sekitar US$840 ataupun sekitar RM3,400 lebih mahal berbanding dengan AirPods Pro.

Jadi, selamat membeli kepada yang nak.

Baca yang lain