Ed Woodward Dapat £3.1 Juta (RM16.5 Juta) Setahun, Atasi Daniel Levy

Timbalan pengerusi eksekutif, pasukan Manchester United, Ed Woodward masih lagi menjadi pengarah yang memiliki gaji tertinggi di arena bola sepak.

Beliau dilaporkan menerima bayaran sebesar £3.1 juta, pada tahun lalu.

Angka itu kurang £1 juta daripada apa yang beliau dapat pada tahun sebelumnya.

Hal ini kerana Manchester United gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah untuk kempen musim ini.

Namun beliau tetap setia bersama United meskipun hilang bonus yang banyak.

Mulia kan hati dia?

Haha,

Sebenarnya ia masih lagi angka tertinggi di kalangan mereka yang berjawatan pengarah serta CEO di lapangan bola sepak.

Ini juga turut menjadikan Ed Woodward sebagai pegawai eksekutif yang memiliki gaji paling lumayan di dalam sejarah Manchester United.

Beliau masih lagi mengatasi pendapatan Daniel Levy dalam setahun. Pengerusi Tottenham Hotspur itu menerima £3 juta setahun.

Maklumat tentang gaji Ed Woodward itu dikeluarkan oleh veberapa media selepas butiran daripada Companies House tertiris.

Maklumat itu juga menunjukkan bahawa Manchester United telah membayar secara keseluruhan £6.8 juta kepada pengarah-pengarah kelab mereka.

Ini termasuk bayaran kepada dua legenda iaitu Sir Alex Ferguson, dan Sir Sir Bobby Charlton, untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2019.

Ed Woodward merupakan timbalan pengerusi kelab yang sudah bertugas di Manchester United sejak 2015.

Jasa terbesar beliau kepada keluarga Glazer adalah membantu keluarga tersebut mendapatkan pemilikan penuh Manchester United.

Walaupun Manchester United dalam beberapa musim ini berhadapan dengan krisis prestasi di atas padang namun di luar padang Ed Woodward terus cemerlang membawa masuk penaja dan juga sejumlah wang yang besar dalam dalam dana pasukan.

Di bawah pengurusan Ed Woodward, Manchester United telah berjaya mendapatkan lebih daripada 50 rakan niaga mereka di seluruh dunia. Hebat kan?

Sebab itulah beliau sentiasa menjadi pegawai kesayangan Glazer.

Tetapi, ramai penyokong Manchester United tidak sukakan Ed Woodward kerana menurut mereka beliau terlalu mengutamakan urusan perniagaan berbanding dengan bola sepak.

Beliau dituduh meletakkan keuntungan melebihi keputusan atas padang.

Walaupun mereka gagal layak ke liga juara-juara Eropah Manchester United masih lagi berjaya mendapatkan
£19 juta untuk bersih tahun lalu.

Baca yang lain