Ed Woodward Gagal Lagi Dan Kali Ini Kecundang Di Tangan Leeds!

Percubaan Manchester United untuk membawa masuk pemain bagi jendela perpindahan Januari masih menemui jalan buntu.

Terbaru United telah gagal dalam percubaan untuk menandatangani Jean-Kevin Augustin dari Red Bull Leipzig.

Kegagalan demi kegagalan dalam pasaran perpindahan pemain dan aksi yang sendu di padang mengusutkan lagi fikiran peminat Manchester United

“Dalam diam-diam Inter sudah berjaya menanda tangani dua orang pemain untuk dibawa masuk bagi jendela perpindahan ini.”

“Manakala sudah melebihi 48 jam lokasi Bruno masih belom boleh dikenal pasti lagi hingga kini.”

Di atas merupakan satu luahan hati peminat Machester United bernama Wan(memang nama sebenar) mengenangkan nasib pasukan kesayangan.

Penyerang kelahiran Perancis itu dikhabarkan akan menyertai pasukan Leeds United secara pinjaman bermula hari Isnin ini, tetapi ada cubaan merampas beliau untuk dibawa ke Old Trafford.

Red Devils masuk membuat tawaran selepas 11 jam beliau mengesahkan akan menyertai pasukan Leeds.

United bertindak terlalu lambat. Menurut The Atheltic, ketika United membuat panggilan untuk berunding, Augustin sudah dalam perjalanan ke Yorkshire untuk menjalani ujian kesihatan.

Sepanjang laporan itu, tawaran Leeds sudah berada dilandasan terbaik dan kelab Elland Road telah menunjukkan sikap minat mereka terhadap pemain itu dengan sangat “Proaktif” sementara United bertindak terlalu “Reaktif”.

Leipzig lebih selesa berurusan dengan cara yang ditunjukkan oleh Leeds.

Ini memberikan satu lagi tamparan buat pengendali pasukan United, Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. PA Photo. Picture date: Wednesday January 22, 2020. See PA story SOCCER Man Utd. Photo credit should read: Martin Rickett/PA Wire. RESTRICTIONS: EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.

Yang mana beliau kini kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan setidaknya seorang pemain dibahagian serangan pada jendela perpindahan Januari ini.

Ia juga satu lagi contoh kegagalan pasukan untuk membawa pemain ke Old Trafford dibawah pengurusan Ed Woodward.

Adakah Man United pada masa kini dilihat sebagai destinasi yang diinginkan oleh pemain?  Sekiranya Augustin berubah fikiran dan pergi ke Old Trafford,ia mungkin boleh dikatakan begitu.

Yang menariknya adalah Leipzig sendiri memutuskan untuk meminjamkan pemainnya kepada pasukan yang bermain di Liga Kejuaraan, berbanding kepada pasukan besar di Liga perdana seperti Manchester United.

Jika mereka menghantar pemain itu ke Leeds dengan harapan pemain itu akan mendapat minit permainan yang lebih.

Mereka juga harus berfikir dalam keadaan pemain United yang dibelenggu masalah kecederaan kini, sudah pastinya pemain berusia 22 tahun itu akan mendapat minit permainan yang lebih juga.

Situasi ini sangat sukar untuk dipercayai dan akan ada yang mentertawakan hal begini. Manchester United gagal lagi dalam pemburuan pemain untuk dibawa masuk.

Jika Augustin bermain dengan baik dan berjaya membantu Leeds menjuarai Liga kejuaraan seterusnya melayakkan Leeds untuk beraksi di Liga Perdana, maka hal itu akan memberi kesan yang mendalam ke atas Woodward.

Berita ini muncul disaat penghujung jendela perpindahan Januari dan berita ini turut bakal mengecewakan para peminat United.

Pada awalnya mereka menaruh sepenuh harapan bahawa Bruno Fernandes akan menyertai pasukan itu.

Tetapi rundingan antara United dengan Sporting nampaknya sudah menemui jalan mati selepas campur tangan dari Joel Glazer.

Dengan Marcus Rashford yang mungkin akan diketepikan sekurang-kurangnya sebulan lagi, Solskjaer hanya mempunyai dua pilihan untuk dipilih iaitu Anthony Martial dan Mason Greenwood.

Minggu yang mencabar, Agak sukar United mahu meneruskan perjuangan dalam Liga dengan kekurangan pemain dibahagian serangan. Sedikit sebanyak ia akan menggangu taktikal Ole.

Jika United menunjukkan sikap yang lebih proaktif dalam mengejar Augustin, maka masalah mereka boleh dianggap menemui jalan untuk diselesaikan.

Sudah berapa ramai pemain yang dikaitkan dengan United tapi tidak seorang pon lagi yang sudah berjaya mereka tanda tangani.

Baca yang lain