Eddie Howe Sedih Newcastle Tiada Kawan Tempat Pinjam Pemain

Pengurus Newcastle United, Eddie Howe sedih apabila memikirkan bahawa Newcastle tidak dapat meminjam mana mana pemain kelab lain.

Ini kerana menurutnya Newcastle tidak ada kawan tempat untuk meminjam pemain.

Newcastle dilaporkan memiliki status akaun FFP yang kurang bagus. Di mana mereka perlu menjual pemain bintang mereka untuk menyelamatkan kelab daripa sangkut FFP.

Newcastle malah sedia menjual nama nama penting dalam skuad mereka seperti Alexander Isak, Bruno Guimaraes dan Sven Botman.

Newcastle berdepan dengan krisis kecederaan, dan juga pemain bintang mereka, Sandro Tonali yang digantung.

Jelas sekali mereka perlu menambah pemain untuk menguatkan pasukan mereka. Lebih lebih lagi, mereka menerima berita kecederaan terbaru melibatkan Joelinton.

Newcastle United tidak boleh berbelanja untuk membeli pemain. Kecuali melibatkan perpindahan dengan nilai sangat rendah.

Dengan jendela perpindahan Januari biasanya harga pemain jauh lebih tinggi. Pilihan terbaik adalah meminjam pemain yang merupakan pilihan lebih murah.

Namun realitinya, Eddie Howe menyatakan bahawa Newcastle tidak ada kawan. Dan dia tidak pasti kalau ada pasukan yang mahu membantu mereka.

“Saya tak berapa tahu kalau ada berapa banyak kelab di luar sana yang sanggup membantu kami. Newcastle United sebenarnya tiada kawan yang boleh meminjamkan kami pemain.”

Newcastle musim ini bergelut mahu mengulangi pencapaian mereka musim lalu. Dan paling merisaukan mereka mungkin terlepas slot ke UCL musim hadapan.

Walaupun memiliki pemilik terkaya di dunia, mereka sebenarnya sebelum ini mengakui bergantung kepada budi bicara pihak Premier League dalam isu akaun FFP mereka ketika mereka berbelanja besar mendapatkan pemain seperti Anthony Gordon.

Newcastle sudah berjanji akan memastikan mereka mengimbangi akaun FFP agar tidak melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian Premier League.