Eder Militao Alami ACL Seperti Courtois

Pemain bek tengah Real Madrid, Eder Militao mengalami kecederaan ACL. Petugas perubatan Real Madrid sebelum ini membuat penilaian tentang kecederaan pemain itu dan mengesahkan ianya memang ACL.

Beliau mengalami kecederaan itu pada perlawanan pertama Real Madrid dalam aksi La Liga musim ini.

Di mana Real Madrid menang 2-0 di tempat lawan dalam perlawanan tersebut.

Dua gol Real Madrid dijaringkan oleh Rodrygo Goes dan Jude Bellingham – pada separuh masa pertama. Untuk membolehkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti memulakan kempen musim ini dengan kemenangan.

Real Madrid ketika ini berdepan dengan masalah kecederaan yang serius. 3 pemain mereka mengalami kecederaan lutut. 2 daripadanya adalag ACL iaitu Courtois dan Eder Militao. Sementara seorang lagi, Arda Guler mengalami kecederaan lutut yang juga memerlukan pembedahan.

Walaupun Militao mengalami kecederaan ACL, Real Madrid dilaporkan tidak bercadang untuk membeli bek tengah baharu.

Mereka malah sedia memberikan peluang kepada pemain akademi kelab dari Real Madrid Castilla untuk mengisi tempat tersebut.

Berbeza dengan  situasi Courtois, Real Madrid dikatakan telah mencapai kesepakatan untuk mendapatkan Kepa Arrizabalaga secara pinjaman dari Chelsea.

Eder Militao pastinya akan menjalani pembedahan dan ianya akan memerlukan tempoh yang lama untuk pemain itu berehat daripada bola sepak.

Real Madrid dalam misi merampas semula La Liga daripada musuh tradisi mereka Barcelona.

Real juga mengimpikan untuk merebut semula  UCL untuk disimpan semula di kabinet trofi di Bernabeu.