Ederson Jelaskan Gambar Tular Ini, Bukan Menganjing Tetapi Kerana Taktikal

Ederson mengakui dia terjumpa gambar dia berada di tengah padang melihat rakan rakannya berada di zon serangan Manchester United. Ketika itu Manchester City sedang melakukan rutin sepakan percuma.

Kejadian itu berlaku pada derbi Manchester di Etihad baru baru ini

Ada yang menganggap benda tu kelakar. Malah tak kurang juga menganggap ianya adalah seolah oleh mengejek atau menganjing lawannya.

Namun penjaga gol asal Brazil ini menafikan dia berniat lain. Jauh sekali untuk memperlekeh lawannya.

Ederson kemudian menyatakan bahawa ianya adalah perkara yang biasa beliau lakukan di atas padang. Kenapa beliau melakukannya?

Menurut Ederson, beliau kerap berada di kedudukan tinggi di atas padang kerana mahu melarikan sweeping apabila diperlukan.

Sweeping biasanya dilakukan oleh libero dalam sistem back 3. Namun dalam sistem moden ada ramai penjaga gol yang gemar melakukan sweeping secara aktif. Misalnya Manuel Neuer, Alisson dan Ederson sendiri, sudah tentunya.

Ederson merupakan penjaga gol yang ditandatangani oleh Manchester City kerana beliau boleh menjadi asas kepada sistem permainan dari belakang.

Gaya permainannya yang merupakan ball playing keeper membolehkan Man City dapat membina serangan dari bawah dengan tenang dan kemas.

Pada masa yang sama Ederson boleh terlibat secara aktif dalam permainan kombinasi di belakang dengan pemain pemain outfield yang lain. Ia adalah seperti tambahan seorang pemain di belakang ketika build up.

Selain daripada keupayaan ball playing ketika fasa serangan, beliau juga merupakan penjaga gol yang sangat aktif melakukan sweeping ketika bertahan.

Ederson berkata: “Saya dah tengok dah gambar itu. Dan saya sudah berada di posisi [kedudukan] tersebut dah banyak kali dah pun.”

“[Saya akan naik] Sama ada ketika sepakan penjuru, lontaran ke dalam. Saya sentiasa benar bermain di atas untuk menutup serangan balas lawan.”

“Ianya sesuatu yang banyak kali saya lakukan. Cuma kadangkala orang tak perasan sangat.”

Ederson dan rakan rakannya berjaya memastikan bandar Manchester adalah biru dengan kemenangan 4-1.

Dua gol masing masing daripada Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez bolehkah Manchester city terus memimpin carta Liga Perdana Inggeris

Manchester United mendapat gol saguhati daripada bekas graduan akademi Manchester City iaitu Jadon Sancho.

Manchester City sangat dominan dalam perlawanan ini dan tidak membenarkan langsung lawan mereka untuk bangkit.

Kekalahan Manchester United itu membuatkan skuad bimbingan Ralf Ramgnick itu kini kehilangan kelebihan untuk slot 4 teratas. Yang menjanjikan slot ke UCL musim hadapan.

Baca juga: Rashford Kecewa Disisihkan Dan Mahu Dia Angkat Kaki

Marcus Rashford sebelum ini menjadi bakat akademi yang dianggap berpotensi menjadi kapten masa depan Manchester United kini sedang dalam situasi dia tidak gembira di kelab tersebut.

Rashford mempersoalkan kenapa beliau terus gagal mendapatkan minit perlawanan lebih banyak dalam pasukan Manchester United.

Rashford sebelum ini yakin bahawa dia akan beraksi sebagai kesebelasan utama dalam aksi Manchester Derby selepas berlatih dengan cemerlang.

Namun dalam aksi tersebut sekali lagi pemain antarabangsa England itu menjadi pemain gantian. Ralf Rangnick hanya ada Rashford yang dianggap boleh bermain no.9 selepas Ronaldo dan Cavani dikatakan cedera. Namun pengurus asal Jerman itu memutuskan untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9.

Manchester United tewas 4-1 dalam aksi derbi menentang Manchester City yang dilangsungkan di Etihad.

Dua gol daripada Kevin De Bruyne, dan dua gol daripada Riyad Mahrez hanya mampu dibalas dengan satu gol oleh Jadon Sancho.

Kemasukan Rashford pada separuh masa kedua jelas sekali tidak memberikan impak yang diharapkan.

Roy Keane menegaskan bahawa ada beberapa pemain tidak menunjukkan bahasa tubuh yang bagus di atas padang.

Rashford antara pemain yang dikatakan tidak menunjukkan dia dalam motivasi terbaik dalam perlawanan tersebut. Dipercayai fikirannya sedang mempersoalkan tentang kedudukannya di dalam pasukan.

Lantas pemain itu mahukan penjelasan daripada Ralf Rangnick tentang situasi beliau di Man United. Pemain tersebut malah mempertimbangkan untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Manchester United.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa pemain tersebut akan terus kekal profesional selama dia menjadi pemain Man United. Di mana kontrak semasa Rashford akan berakhir pada 2023.

Prestasi tidak menentu Rashford membuatkan pemain itu gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Rashford seringkali membazirkan peluang gol dan memiliki produk akhir yang mengecewakan.

Dalam kontrak semasa Marcus Rashford, pemain itu ada klausa lanjutan semusim lagi daripada tarikh tamat kontraknya. Tetapi buat masa ini Rashford tidak memikirkan tentang perkara itu kerana kecewa dengan minit permainan yang sangat sedikit.

Rashford tidak mahu kehilangan tempat dalam skuad Piala Dunia England. James Ducker menganggap situasi Rashford adalah satu lagi masalah yang membuatkan pengurusan pening kepala di United. Dalam usaha mereka mahu membina pasukan pada musim panas akan datang.

Man United jelas sekali tidak mahu kehilangan Marcus Rashford yang merupakan produk akademi mereka.

Seterusnya, Marcus Rashford juga mahukan jaminan bahawa dia akan menjadi pemain utama dalam projek baharu Manchester United kelak.

Ketika ini Rashford malah kehilangan tempat di belakang Jadon Sancho dan Anthony Elanga di dalam pasukan Man United.

Dengan perkhabaran bahawa Erik Ten Hag antara calon utama menggalas tugasan pengurus tetap di United musim hadapan. Ten Hag dikatakan mahu membawa masuk Antony bersamanya.

Itu juga dianggap akan mengurangkan lagi peluang Rashford dalam pasukan utama dengan Jadon Sancho beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebagai wing kiri pasukan.

Rahsford antara bakat muda yang membangun sangat pantas di Manchester United. Namun sejak akhir akhir ini, dia bergelut untuk menepati ekspektasi peminat ke atasnya.

Jika keadaan ini berterusan, Rashford pastinya akan kehilangan tempat dalam pasukan utama. Adakah Rashford akan membuat keputusan drastik untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan akan datang? Demi mendapatkan minit perlawanan yang lebih banyak dan menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Tiga Singa?

Apa yang pasti Rashford harus mendapatkan semula prestasi terbaiknya berbanding dengan merungut kerana kehilangan tempat