EFL Tak Mahu Terima Manchester City Jika Disingkirkan Dari EPL

EFL menyatakan bahawa mereka tidak tertakluk kepada mana mana peraturan untuk menerima pasukan Manchester City beraksi di Liga Kejuaraan ataupun Liga 1, Liga yang masing masing divisyen kedua, ketiga dan keempaat dalam hierarki liga Inggeris, jika kelab itu disingkirkan dari EPL.

Man City berdepan dengan lebih 100 pertuduhan salah laku kewangan. Melibatkan pemalsuan nilai tajaan, kontrak pengurus, pemain dan melanggar peraturan FFP.

Jika didapati bersalah, mereka berdepan dengan hukuman berat. Ini termasuk denda yang sangat tinggi, dipotong mata pada musim semasa serta paling teruk disingkirkan daripada pertandingan EPL dan dilucutkan kejuaraan mereka sebelum ini.

Jika itu berlaku, EFL sudah menegaskan bahawa mereka mungkin tidak akan menerima Manchester City beraksi dalam divisyen di bawah seliaan mereka.

Bermakna Man City berpotensi bermain di liga yang digelar Non League ataupun liga semi-pro di England.

EFL merujuk kepada peraturan semasa menyatakan bahawa mereka hanya bertanggungjawab menerima pasukan yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris kerana berada di zon penyingkiran. Serta mereka bertanggungjawab mempromosikan pasukan dari liga bawahan ke liga atasan berdasarkan merit dan ranking.

Jadi, untuk kes yang melibatkan penyingkiran atas salah laku berat, maka EFL tidak ada tanggungjawab untuk perkara tersebut.

Manchester City ketika ini masih dalam proses siasatan. Dan jika dibuktikan bersalah, mereka akan berdepan dengan pelbagai hukuman.

Man City juga tidak boleh merayu kes yang di bawah Liga Perdana di Mahkamah Timbang Tara Sukan ataupun CAS.