Ejen Ali Mengeluarkan Klip Video Mamak Maju Sebagai Buah Tangan Kepada Peminat

Sejak tayangan filem Ejen Ali: The Movie, sudah ramai yang menantikan lagu Mamak Maju dikeluarkan secara rasmi dalam bentuk audio.

Lagu yang catchy dipersembahkan oleh geng Mamak Maju. Korang jangan memain dengan geng ni.

Pihak produksi Ejen Ali mengesahkan mereka menerima banyak permintaan untuk lagu tersebut agar dikeluarkan segera.

Oleh yang demikian, pihak produksi Ejen Ali telah memberikan anda lebih dari sekadar audio, tetapi dengan klip video sekali – lagu Mamak Maju ni.

Anda pasti akan suka dengan chorus ‘Mamak maju, servis laju.”

Ini juga merupakan tanda penghargaan daripada pihak produksi ke atas sokongan daripada anda semua kepada Filem Ejen Ali.

Ejen Ali: The Movie merupakan filem animasi keluaran tempatan kita yang telah berjaya menarik tontonan rakyat Malaysia dan beberapa negara serantau.

Dalam kenyataam mereka, Ejen Ali: The Movie menyatakan: “Terima kasih Ejen atas sokongan padu anda!”

“Sebagai tanda terima kasih, kami hadiahkan scene Ejen Ali The Movie yang paling diminta ramai, Lagu Mamak Maju!”

“Rasakan pengalaman hebat menyaksikan lagu ini di pawagam berhampiran anda!”

“BERTINDAK SEGERA!”

Mamak Maju
(Lirik)

Aaaahhhhhh….

Ta Ri Ke Na Tum
Ta Ri Ke Na Tum
Ta Ri Ke Na Tum
Ta Ri Ke Na Tum
Ta Ri Ke Na
TUM!!

Ta Ri Ke Na Tum
Ta Ri Ke Na Tum
Ahhh!!
Ahhh!!

Mamak… Maju!
Servis.. Laju!
Mamak!

Nyum..

Ta Ke Te Ne
Ta Ke Te Ne
Ta Ki Ki Ta

Ta Ki Ta Ki Ta
Tuh

Pagi-pagi perut sudah lapar
Mari sini Ane amik order

Teh Tarik Kaw
Kopi O’ Kaw
Ais Kosong Kaw

Aaa.. dek.. mau pigi mana tu?
Mari sini Ane nyanyi satu lagu
Kasi dengar sama you.. Ahe he..

[..Tamil..]

Mamak… Maju!
Servis.. Laju!
Mamak… Maju!
Servis.. Laju!
Mamak… Maju!
Servis.. Laju!
Mamak… Maju!
Servis.. Laju! (Yeaaaaaaieee!!)

BERTINDAK SEGERA!!

Saksikan dansa gaya filem Tamil di sini:

Anda juga berpeluang untuk menang peraduan cabaran tarian Mamak Maju. Pemenang akan mendapat tiket Ejen Ali: The Movie percuma dan peluang anda muncul dalam akaun IG Ejen Ali.

Selain daripada lagu Mamak Maju ni, saya suka dengar suara Aisyah Aziz dengan Bunga dalam lagu Buka Matamu.

Ejen Ali menjadi salah satu filem yang fenomena pada hujung tahun ini.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, hanya 3 hari tayangan, filem tersebut telah mencatatkan kutipan sebanyak RM6.4 juta.

https://twitter.com/myhmrap/status/1201345611452342272

Jadi, korang yang masih belum menonton filem ini, boleh la merancang untuk pergi terutama sekali dengan seisi keluarga.

Ejen Ali: The Movie merupakan kisah seorang ejen cilik yang mencari sebab kematian ibunya dan pada masa yang sama bertugas dalam beberapa misi.

Ejen Ali kemudian mendapat tahu beliau bukan lagi satu-satunya manusia yang menggunakan Iris. Sebaliknya ada beberapa ejen lagi sudah menggunakan Iris Neo.

Korang pergilah saksikan sendiri. Malas cerita panjang. Kang ter-spoil pula kan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.