Ejen Ali: The Movie Kutip RM13 Juta Pada Minggu Pertama

Tahun 2019 memang tahun kegemilangan buat filem animasi Malaysia. Terbaru, filem animasi Ejen Ali: The Movie telah mengutip RM13 juta pada minggu pertama tayangannya.

Ejen Ali: The Movie telah ditayangkan di 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Sambutan yang diberikan sangat luar biasa.

Daripada 3 negara tersebut dilaporkan sebanyak 162 pawagam telah menayangkan filem animasi yang bertemakan aksi ini.

BH Online juga melaporkan bahawa Ejen Ali: The Movie juga telah menjadi no.1 dalam carta Top 10 – GSC selama 4 hari berturut-turut.

Ejen Ali: The Movie sebelum ini menjadi filem pecah panggung pada hari pertama tayangan dengan kutipan RM1.8 juta dalam sehari.

Filem Ejen Ali: The Movie adalah berkisarkan seorang perisik cilik bernama Ali. Dia telah menerima beberapa tugasan daripada MATA.

Tetapi Ali mulai mencari sebab kematian ibunya. Ali juga mendapat tahu agensi MATA turut membangunkan Iris Neo yang dilihat lebih maju berbanding dengan Iris yang digunakannya.

Ali mulai merasakan dirinya dipinggirkan dan bertemu dengan Niki yang merupakan pejuang masyarakat Pinggiran.

Apa yang berlaku selepas itu? Anda harus pergi saksikan sendiri filem yang confirm best ini.

Fenomena Ejen Ali: The Movie juga telah membuatkan produksi filem tersebut mengeluarkan video khas lagu Mamak Maju yang menjadi siualan ramai.

Lagu yang catchy dipersembahkan oleh geng Mamak Maju. Korang jangan memain dengan geng ni.

Pihak produksi Ejen Ali mengesahkan mereka menerima banyak permintaan untuk lagu tersebut agar dikeluarkan segera.

Oleh yang demikian, pihak produksi Ejen Ali telah memberikan anda lebih dari sekadar audio, tetapi dengan klip video sekali – lagu Mamak Maju ni.

Anda pasti akan suka dengan chorus ‘Mamak maju, servis laju.”

Ini juga merupakan tanda penghargaan daripada pihak produksi ke atas sokongan daripada anda semua kepada Filem Ejen Ali.

Ejen Ali: The Movie merupakan filem animasi keluaran tempatan kita yang telah berjaya menarik tontonan rakyat Malaysia dan beberapa negara serantau.

Dalam kenyataam mereka, Ejen Ali: The Movie menyatakan: “Terima kasih Ejen atas sokongan padu anda!”

“Sebagai tanda terima kasih, kami hadiahkan scene Ejen Ali The Movie yang paling diminta ramai, Lagu Mamak Maju!”

“Rasakan pengalaman hebat menyaksikan lagu ini di pawagam berhampiran anda!”

“BERTINDAK SEGERA!”

Tahniah kepada produksi Ejen Ali: The Movie. Satu perkembangan yang membanggakan untuk industri perfileman tempatan kita.

Baca yang lain