Semalam berkesempatan menonton filem Ejen Ali: The Movie. Seperti biasa, aku ni jenis peminat animasi Malaysia. Tak kisahlah daripada zaman Usop Sontorian sehinggalah ke hari ini yang canggih manggih.
Ejen Ali: The Movie ini membangkitkan banyak persoalan yang menarik.
Apa yang kau akan buat apabila dikhianati, sanggup tak kau jadi double agent apabila kau rasa tempat kau bekerja sekarang ada meninggalkan impak kepada sejarah kehidupan kau yang lalu?
Dalam hidup ni biasalah. Kita akan sentiasa mencari, siapakah kawan dan siapa lawan kita yang sebenar.
Filem Ejen Ali The Movie sebenarnya akan memberikan impak yang besar kepada perjalanan siri Ejen Ali itu sendiri selepas ini.
Ada beberapa perkara yang korang tak dapat dalam siri Ejen Ali akan korang dapat dekat sini. Ini termasuk si Jeneral Rama misai tu. Bertindak Segera!
Misalnya Ali ingin tahu tentang ibunya dan juga banyak lagilah yang korang akan dapat dalam filem ini.
Sebab itu saya katakan filem ini akan menjadi naskah penting kepada hala tuju animasi Ejen Ali itu sendiri selepas ini dalam sirinya pada musim yang akan datang.
Sebenarnya dari segi kualiti animasi, enggak usah dikawatirkan, memang kelas A.
Babak bertarung dia memang banyak. Dan ada unsur komedi itu biasalah. Cuma tiada lawak yang bodoh anda akan jumpa dalam filem ini.
Filem ini memang berkisar kepada Ejen Ali. Korang tak perlu panik nak menonton siri Ejen Ali pun. Sebab filem ini ada cerita dia tersendiri. Garis masa dan ibarat satu lagi episod khas.
Ali ni sebenarnya ejen yang ter-accident menjadi ejen kerana teraktifkan Iris yang merupakan teknologi canggih.
Iris ni ciptaan MATA. MATA berhadapan dengan isu di mana Iris ini tak boleh dipakai orang lain dah. Cuma si Ali, budak 12 tahun itu seorang sahaja.
Dan mereka terpaksa melatih Ali menjadi ejenlah.
MATA mencari solusi dengan menghasilkan satu lagi Iris iaitu Iris Neo.
Iris Neo ni adalah lebih baik daripada Iris sebelum ini kerana ianya lebih mudah dikawal, dan boleh dihasilkan semula.
Antara kelebihan Iris Neo ini, override mode dia yang lebih baik berbanding dengan Iris. Ali mulai merasakan diri dia semakin tak diperlukan.
Plot cerita dia memang baik. Kerana orang antagonisnya adalah orang yang memperjuangkan komunitinya yang dipinggirkan. Ada satu tempat nama di Pinggiran.
Kawasan itu berhadapan dengan banyak isu termasuk bekalan air, elektrik dan sebagainya. Niki, si antagonis ini mahu membantu komunitinya dengan cara dia sendiri. Dan dia terjumpa dengan Ali.
Semakin Ali mendekatkan dirinya dengan Niki dan masyarakat Pinggiran semakin dia mendapat jawapan di atas persoalan besar di dalam hidupnya selama ini tentang ibunya.
Dari situ plot cerita menuju ke konflik. Niki mahu menguasai Cyberaya yang menjadi pusat penting untuk dia membantu masyarakat di Pinggiran.
Jadi, korang tengoklah sendiri filem ni. Cerita panjang kan terspoil pula,
Filem ini kalau korang just enjoy je plot dan penceritaan dia. Sebab produksi filem ni dah cuba terbaik nak memastikan plot dia tak terlalu berat untuk kanak-kanak dan tak terlalu ringan untuk kanak-kanak tua macam kita.
Oleh sebab aku jenis pengagum animasi Malaysia, aku malas nak letak rating. Sebab memang aku akan overrated.
Korang layan tau. Best cerita dia. Ni terasa nak repeat ni. Lepas tu jangan balik dulu. Ada 2 credit scene pada akhir.