Ejen kepada Kylian Mbappe telah menjadi penghalang kepada rundingan pemain itu dengan Real Madrid.
Mbappe ketika ini fokus kepada aksi di atas padang dan dia menyerahkan urusan rundingan sepenuhnya kepada ejennya.
Namun ejen pemain itu telah memberitahu Mbappe agar tidak menerima tawaran Real Madrid yang sedia ada kerana tidak cukup memuaskan.
Isu gaji dikatakan menjadi faktor utama walaupun Mbappe dikatakan sangat berminat mahu menyertai Real Madrid yang merupakan kelab terbesar di dunia.
🚨 Kylian Mbappé and his camp are unconvinced by Real Madrid's latest offer, who can move on a free transfer this summer.
The offer is lower than a previous proposal from May 2022.
(Source: @TheAthleticFC) pic.twitter.com/Da1MO8EFvK
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 13, 2024
Ejen Mbappe berharap Real Madrid meningkatkan lagi tawaran gaji kepada pemain itu. Dan dia menasihati Mbappe agar tidak menerima tawaran sedia ada.
PSG kini memantau perkembangan Mbappe dan Real Madrid. Dan yakin mereka akan mampu menjadi pilihan utama Mbappe jika pemain itu tidak ke Real Madrid.
Secara ekonomi PSG sedia menjadikan Mbappe penerima gaji sehingga lebih €1 juta seminggu termasuk bonus.
Florentino Perez benar benar terdesak mahu membawa Mbappe ke Real Madrid. Namun kelab itu sekarang sudah menggunakan polisi lebih berhemah.
Mereka terikat dengan bebanan kewangan kerana pembangunan semula Santiago Bernabeu.
Ini ditambah dengan bintang bintang muda Real Madrid seperti Vinicius Jr dan Rodrygo yang cemerlang setakat ini.
Seterusnya, mereka juga akan diperkuatkan Endrick pada musim hadapan.
Mbappe sebelum ini menegaskan bahawa dia tidak mahu memberikan komen tentang masa depannya. Namun mengesahkan bahawa dia memang ada kesepakatan khas dengan Nasser Al Khelaifi.
Ianya menguatkan spekulasi bahawa Mbappe sedia melupakan bonus kesetiannya yang patut dia dah terima Ogos tahun lalu sebaik sahaja dia kekal di PSG pada tahun ketiga.
Jika dia pergi secara percuma dia tak akan menuntut bonus kesetiaan €80 juta itu.
Angka yang sama sedia dibayar Real Madrid terus masuk ke poket Mbappe sebagai bonus tandatangan kontrak sebagai ejen bebas.
Beberapa bulan lalu Florentino Perez memberikan bayangan jelas bahawa Mbappe datang ke Real Madrid. Komen itu membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang kerana Perez dituduh cuba melakukan rundingan pintu belakang.
Kini Mbappe pada enam bulan terakhir dalam kontraknya. Dia bebas berunding dengan mana mana kelab tanpa perlu memaklumkan kelabnya. Itu sesuai dengan peraturan Bossman.