Ejen Dembele Tuntut €10 Juta, Dan Ini Sebab Barca Enggan Membayarnya

Barcelona kini berdepan dengan tuntutan di mahkamah oleh ejen kepada Ousmane Dembele. Barcelona menolak untuk membayar wang yang diminta oleh ejen Ousmane Dembele. Menurut laporan Mundo Deportivo, ejen kepada Dembele, Scores Sports Management Ltd meminta €10 juta daripada Barcelona.

Ianya bayaran untuk perpindahan pemain itk ke PSG. Ejen Dembele sudan memfailkan tuntutan itu pada Jun lalu. Menyetakan bahawa mereka berhak mendapat €10 juta daripada perpindahan Dembele ke PSG.

Namun Barcelona menolak untuk membayarnya. Ini kerana menurut Barcelona, perpindahan itu adalah kerana PSG hanya membayar €50 juta untuk perpindahan Dembele.

Dembele sebelum ini memiliki klausa perpindahan €50 juta di Barcelona. Namun ianya dinaikkan kepada €100 juta dalam kontrak baharunya pada 2022.

Pihak ejennya yang diketuai Moussa Sissoko mendakwa mereka berhak mendapat €25 juta daripada perpindahan Dembele. Itu bermakna separuh daripada wang yang dibayar PSG kepada Barcelona.

Kini mereka menuntut €10 juta harus dilangsaikan terlebih dahulu sebelum berakhir tahun 2024.

Barcelona enggan membayarnya kerana PSG dan Dembele tidak mengaktifkan klausa pelepasan €100 juta tersebut. Sebaliknya Dembele dijual atas harga lelong oleh Barcelona dengan nilai €50 juta sahaja.

Ini selepas PSG tidak mahu membayar klausa pelepasan €100 juta dan berunding untuk membayar klausa sebelumnya kepada Barcelona. Klausa tersebut disebut ‘private clause’ oleh Fabrizio Romano.

Jurang nilai yang dibayar PSG kepada Barcelona dengan klausa pelepasan adalah terlalu jauh menurut kelab itu.

Kes ini masih lagi menjadi perbalahan antara pihak ejen Dembele dengan Barcelona. Di mana kelab itu yakin bahawa mereka tidak tertakluk kepada tanggungjawab untuk membayar ejen Dembele €25 juta atau €10 juta yang dituntut untuk tahun ini.

Kes ini sudah pun diserahkan ke mahkamah oleh ejen Dembele yang menuduh Barcelona telah menipu mereka.

Tuntutan Aguero

Dalam perkembangan yang lain, Sergio Aguero turut menuntut Barcelona membayar €3 juta pampasan penamatan kontraknya.

Sergio Aguero menyertai Barcelona secara percuma daripada Manchester City. Namun ketika di Barca dia berdepan dengan masalah kesihatan.

Di mana dia ada masalah jantung ketika beraksi di atas padang. Dan dia hampir ‘collapsed’ di atas padang selepas mengalami serangan jantung ketika beraksi. Mujur ianya tidak serius.

Setelah berjumpa pakar, Aguero menyatakan dia terpaksa bersara kerana dia tidak boleh bermain bola sepak profesional lagi. Hal ini kerana,  dia berisiko kehilangan nyawanya jika beraksi pada kadar intensiti dan tekanan tinggi.

Dan akhirnya Barca dan Aguero mencapai kesepakatan penamatan kontrak. Oleh sebab itu, pemain legenda Argentina itu menganggap dia berhak mendapatkan €3 juta bayaran pampasan penamatan kontrak daripada Barcelona.

Menurut laporan, Barcelona dan Aguero mencapai kesepakatan untuk bayaran pampasan penamatan kontrak itu pada Julai 2024 yang lalu. Ini selepas Barcelona menolak untuk membayar permintaan pampasan awal yang diminta bernilai €6.9 juta.

Kedua dua pihak dikatakan sudah setuju dengan angka €3 juta. Namun pemain Argentina itu kecewa kerana menurutnya, Barca masih tidak melangsaikan pampasan tersebut, walaupun pihaknya sudah berlembut untuk pengurangan nilai pampasan.

Beberapa bulan lalu, Sergio Aguero sudah menghantar surat tuntutan bayaran bernilai €3 juta tersebut. Namun Barca meminta penangguhan kerana mereka tidak mahu membayar wang itu menggunakan dana kewangan musim lalu. Dan meminta pemain itu bersabar sehingga akaun musim baharu dibuka.

Selain itu Barcelona juga menyatakan bahawa wang tersebut harus dibayar melalui Mahkamah Sosial Barcelona. Dan Barca kemudian mendakwa mereka sudah memasukkan wang ke akaun yang diminta. Namun Aguero mendakwa mahkamah tidak menerima sebarang bayaran daripada Barcelona.