Sebelum ini Lyon menafikan secara terbuka kepada L’Equipe bahawa mereka ada berunding dengan Newcastle berkenaan dengan perpindahan Bruno Guimaraes.
Laporan beberapa koresponden terpercaya seperti Fabrizio Romano melaporkan bahawa Newcastle sudah mencapai kesepakatan dengan Lyon untuk harga €40 juta bagi Guimaraes. Sekaligus menamatkan usaha Arsenal yang mahukan pemain itu.
Kemudian Lyon menafikan perkara tersebut. Ianya membuatkan Arsenal dikatakan membuka semula usaha untuk terus membawa pemain itu ke Emirates.
Bruno Guimãraes – The Situation: Arsenal have come back in. Newcastle are offering to quadruple his salary. The Lyon man will make a decision in the coming hours.https://t.co/cqj3u9ITMH
— Get French Football News (@GFFN) January 26, 2022
Namun hanya selepas sehari Arsenal menghidupkan semula pemburuan Guimaraes, ejen kepada pemain tersebut sudah memuat naik status yang boleh dikira membunuh harapan Asenal sekali lagi.i
Ini apabila ejen kepada Bruno Guimaraes iaitu Alexis Malavota memuatnaik status di Instagramnya. Menunjukkan bahawa beliau kini berada di Belo Horizonte. Dipercayai untuk memeterai perjanjian akhir dengan Newcastle. Bermakna Lyon sudah memberikan kebenaran untuk rundingan memasuki fasa terma peribadi.
Petugas medikal Newcastle sudah diarahkan ke Belo Horizonte, Brazil untuk menyelesaikan urusan pemeriksaan medikal di sana sekaligus menyempurnakan proses akhir sebelum pemain diumumkan sebagai pemain Newcastle secara rasmi.
Bruno Guimarães medical tests with Newcastle are scheduled in Belo Horizonte today, once final details are resolved. ⏳🇧🇷 #NUFC
…Bruno’s agent Alexis Malavolta is flying to Belo Horizonte right now, as he posts on Instagram. Newcastle medical staff member will fly there too. pic.twitter.com/Z5ZkBNpQ8f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 28, 2022
Arsenal nampaknya terlepas satu lagi sasaran mereka untuk Januari ini. Arsenal turut dikaitkan dengan Arthur dari Juventus. Namun rundingan tersebut juga boleh dikira sudah mati.
Ini selepas Stan Kroenke menolak permintaan Edu untuk menuruti syarat yang diletakkan oleh Juventus.
Sebelum ini Arsenal dikatakan sangat hampir mendapatkan Melo selepas segala rundingan antara Edu dan Juventus berjalan dengan positif.
🚨 Arsenal chances of Arthur loan diminishing. They want him until summer, Juventus want 18 months. Edu & Cherubini eventually aligned on 18 months + buy option at ~€40m but #AFC hierarchy reluctant. As things stand it’s not happening @TheAthleticUK #Juve https://t.co/VfOZrDj8TR
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 26, 2022
Tetapi Juventus meminta Arsenal meminjam Arthur Melo sekurang kurangnya 18 bulan, jika Arsenal mahukan pemain itu secara tetap dalam klausa pinjaman mereka. Perkara itu diajukan Edu kepada Kroenke.
Edu merasakan bahawa syarat tersebut adalah munasabah dan harga tebus harga tetap pun tidak terlalu mahal. Edu mengerti pandangan Juventus yang merasakan enam bulan sahaja terlalu pendek untuk pemain tersebut dinilai untuk opsyen pembelian tetap – kerana Arsenal sedia meletakkan klausa tersebut.
Juventus kemudian meletakkan harga EUR40 juta untuk tebus kontrak tetap Melo. Arthur Melo merupakan sasaran utama Arteta untuk posisi tengah kerana menepati profil pemain dimahukannya.
Kroenke rosakkan program
Dalam laporan terbaru The Athletic, pengarah teknikal Arsenal Edu sedia menerima syarat tersebut untuk pinjaman 18 bulan, tetapi apabila dia bertanya kepada ketua pegawai kewangan pasukan Arsenal, mereka menolak syarat tersebut.
Menurut The Athletic, rundingan antara Arsenal dan Juventus untuk Arthur sudah dikira tamat dan berkecai kerana Kroenke. Dengan Arthur bersedia untuk kekal di Turin sehingga akhir musim 2021/2022.
Juventus, sebaliknya, berharap untuk menjual Rodrigo Bentancur kepada Aston Villa secara perpindahan tetap, walaupun saga perpindahan tersebut juga menghadapi masalah. Juventus menetapkan tanda harga €20-25 juta untuk pemain antarabangsa Uruguay itu. Namun Aston Villa merasakan pemain itu harus diletakkan dengan nilai sedikit lebih rendah.
Sebelum ini Arsenal tewas dalam perebutan tandatangan Dusan Vlahovic kepada Juventus. Mungkin sebab itu Kroenke mahu menunjukkan sedikit kuasanya kepada kelab Itali itu.
Walaupun gagal dalam beberapa perpindahan yang mereka mahukan, Arsenal tetap berjaya membawa masuk penjaga gol baharu mereka. Sebaik sahaja mengumumkan bahawa Callum Chamber sah menyertai Villa.
🚨BREAKING: Arsenal have made a signing!
Matt Turner will join Arsenal from the MLS at the end of the season in a permanent move for a fee of around £7million. #afc pic.twitter.com/IFBmBq67YI
— now.arsenal (@now_arsenaI) January 27, 2022
Chamber terpaksa dilepaskan kerana akan menjadi ejen bebas pada hujung musim ini. Ini menjadikan Chamber sebagai pemain keempat dilepaskan Arsenal pada jendela kali ini. 3 lagi dilepaskan secara pinjaman.
Chamber shockest of all
Mari out
Chamber out
Niles out
Who again?#arsenal pic.twitter.com/pmkIeDmoln— Hojay of Africa 🌍 🦅 (@Hojay_Sax) January 27, 2022
Arsenal juga masih berharap akan dapat menandatangani seorang penyerang baharu. Dengan Dominic Calvert Lewin dan juga Alexander Isak dilaporkan dalam senarai sasaran mereka selepas terlepas Vlahovic.