Ejen Kobbie Mainoo Minta Kenaikan Gaji 9 Kali Ganda

Ejen kepada Kobbie Mainoo dilaporkan cuba meminta gaji yang sangat tinggi untuk kontrak baharu pemain itu.

Kontrak semasa Kobbie Mainoo yang ada adalah sehingga 2027. Kontrak itu dia tandatangani pada 2023 yang lalu. Dan dia hanya menerima £20,000 seminggu.

Ejen kepada pemain itu sudah meminta kenaikan 9 kali ganda kepada £180,000 seminggu tidak termasuk bonus.

Permintaan itu hanya selepas Kobbie Mainoo membuat penampilan sebagai profesional kurang semusim.

Sebagai perbandingan baru baru ini Amad Diallo sudah melanjutkan kontrak baharu dengan gaji £120,000 seminggu.

Man United masih berunding dengan pemain itu tentang tuntutan gaji tersebut. Dan cuba meyakinkan Mainoo bahawa Man United adalah kelab terbaik untuk dia terus membangun.

United juga dilihat menawarkan peluang besar kepada Kobbie Mainoo untuk menjadi salah seorang pemain teras kelab itu kerana pemain seperti Casemiro dan Christian Eriksen yang sudah berusia.

Baru baru ini Ruben Amorim yakin dengan kualiti Mainoo sebagai pemain no.10 dan bukan sekadar pemain no.6 atau 8.

Namun ketika ini INEOS dikatakan kurang gembira dengan ejen Kobbie Mainoo yang dianggap cuba menekan gaji terlalu tinggi untuk pemain yang telah dibangunkan kelab dan diberikan peluang untuk menjadi pemain utama pada usianya sangat muda.

Mainoo diuruskan oleh agensi CAA Stellar yang dia lantik menjadi wakilnya sejak 2022.

Ejen Mainoo mungkin menjadikan tangga gaji pemain United sedia ada sebagai penanda aras untuk meminta gaji baharu. Memandangkan United memiliki ramai pemain yang agak overpaid dari segi gaji dalam beberapa musim ini.

INEOS cuba memperbaiki bil gaji pemain di United. Tetapi situasi semasa  kelab menyukarkan mereka kerana untuk menarik pemain masuk ke United memerlukan mereka menawrarkan pakej harga dan gaji yang besar, kerana tiada bola sepak Eropah musim ini.

Kelayakan ke UCL sangat penting untuk kelab pada masa ini. Dengan INEOS juga berusaha mengawal akaun FFP kelab itu yang sudah beberapa kali mendapat amaran bahawa ianya kurang sihat.