Ejen Yaya Toure: ‘City Akan Juara UCL, Sebab Dukun Dah Kurangkan Sikit Mandrem’

Beberapa tahun yang lalu, ejen kepada Yaya Toure iaitu Dmitri Seluk telah menyumpah Pep Guardiola bahawa pengurus itu tidak akan menang UCL bersama City.

Ini selepas dia tidak berpuas hati dengan layanan buruk pengurus itu kepada Yaya Toure.

Toure dilayan teruk oleh Guardiola ketika di Barcelona dan kemudian di City.

Sebelum kehadiran Guardiola di Man City, Yaya Toure menikmati musim musim luar biasa di kelab itu.

Mempamerkan aksi sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada masa itu.

Kehadiran Pep membuatkan pemain itu mulai hilang tempatnya.

Dmitri Seluk menuduh Pep Guardiola sebagai rasis dan tak suka dengan pemain Afrika.

Seterusnya, ejennya mendedahkan bahawa Yaya Toure sangat sedih kerana kelab tidak mengingati harijadinya. Dan tidak membelikan kek.

Kenyataan itu membuatkan Yaya Toure diminta untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakan sepasukannya. Kerana tindakan ejennya dianggap mempersoalkan kredibiliti pemain lain.

Lebih menyedihkan, ejen dia yang buat hal, Yaya Toure pula yang kena tanggung akibat, digantung tugasan sementara dan diminta berlatih berasingan.

Yaya Toure akur pada masa itu dan meminta maaf kepada Pep dan pasukan.

Ejen Toure kemudian buat hal lagi menjelang bulan bulan akhir kontrak pemain itu di City.

Di mana dia menyatakan bahawa, semua bomoh dari Afrika akan mengadakan upacara mandrem agar Guardiola ditimpa nasib malang.

Salah satu daripada sumpahan itu adalah, Man City taka akan pernah juara UCL dengan Pep Guardiola.

Namun terbaru, Dmitri Seluk, yang kini bekas ejen Yaya Toure yakin bahawa bomoh Afrika kini sudah mengurangkan sedikit mandrem itu.

“Saya boleh cakap yang sumpahan itu telah diringankan sikit oleh bomoh Afrika. Dan saya rasa Man City akan menjuarai UCL di bawah Pep.”

Manchester City akan berhadapan dengan Real Madrid dalam aksi separuh akhir UCL.

Wayne Rooney percaya bahawa musim ini adalah musim City menjadi juara UCL kerana Haaland terlalu bagus untuk dikendalikan pertahanan Real Madrid.

City berpeluang menamatkan kempen sebagai juara treble. Dengan EPL dan Piala FA juga di dalam radar mereka.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.