Jude Bellingham kini meneruskan rekod cemerlangnya menentang Barcelona. Bukan itu sahaja dia membantu Real Madrid untuk menang 3 perlawanan berturut turut dalam 1 musim sama ke atas Barcelona buat pertama kali sejak 88 tahun lamanya.
Real Madrid have beaten Barcelona THREE times in a ROW in a single season for the first time in 88 years! π€― pic.twitter.com/k2wLNrpsMy
β Madrid Xtra (@MadridXtra) April 21, 2024
Kali terakhir Real Madrid menang dua el classico berturut turut dalam La Liga pula adalah pada 2007/08. Kemenangan kali ini membuatkan Real Madrid benar benar semakin hampir dengan satu lagi kejuaraan La Liga. Mereka turut berada di separuh akhir UCL.
Real Madrid meninggalkan Barcelona dengan 11 mata di atas carta liga.
Jude Bellingham menikmati musim pertama luar biasa bersama Los Blancos. Kini bersaing untuk kasut emas. Dia hanya 1 gol di belakang Artem Dovbyk.
Dua kali Real Madrid dipaksa untuk bangkit daripada ketinggalan oleh musuh tradisi mereka Barcelona.
Andreas Christensen meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-6. Kemudian Vinicius Jr membalas gol itu menerusi sepakan penalti minit ke-18.
Barcelona mendahului buat kali kedua menerusi gol oleh Fermin Lopez. Di mana pemain muda itu memutuskan untuk meraikannya di hadapan penyokong Real Madrid.
πΈ β FermΓn Lopez celebrating right in front of the Real Madrid fans. pic.twitter.com/lragaV7MQJ
β ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) April 21, 2024
Fermin Lopez mendepakan tangannya yang mirip keraian Jude Bellingham.
Fermin Lopez doing Jude Bellinghamβs celebration in his own backyard HOLDDDDpic.twitter.com/vILRiQW2Wy
β ππ‘ππ£ (@GlenBlch) April 21, 2024
Sayang, gol itu dibalas serta merta oleh Real Madrid kira kira kurang 4 minit kemudian.
Ketika aksi seolah olah berakhir seri 2-2, bintang kebangsaan England, Jude Bellingham mencetak gol kemenangan masa kecederaan minit ke-90+1.
JUDE BELLINGHAM CELEBRATION! ππ€ pic.twitter.com/wMDTVUWz7d
β TC (@totalcristiano) April 21, 2024
Saksikan rangkuman aksi di sini:
https://youtu.be/78LYX6x9s_0
Β