Dalam dua sidang media berbeza, pengurus Barca, Xavi dan penjaga gol Barca, Marc Andre Ter Stegen tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan el clasico.
Di mana Barcelona kalah 3-2 di tangan Real Madrid di Santiago Bernabeu walaupun mereka dua kali mendahului seteru abadi mereka itu.
Pada awalnya Xavi enggan mengulas tentang pengadil. Dia cuma menyindir pengadil dengan berkata: “Kami pasukan terbaik malam ini dan kami berhak menang. Masa depan pemain pemain muda ini adalah cerah untuk Barca.
“Saya tak perlu cakap apa apa tentang pengadil. Semua orang tengok sendiri. Kalau saya bercakap tentang pengadil, mereka mungkin akan ambil tindakan ke atas saya. Imej dah ada di sana.”
🔵🔴 Xavi: “We were the best team tonight and we deserved to win”.
“The future with those young talents will be bright for Barça”.
❗️ “I don't need to say anything about the referee, everyone has seen it already – if I speak they may sanction me, the images are there”. pic.twitter.com/6dTtZKxhE6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 21, 2024
Namun selepas itu Xavi mendengar rungutan Ter Stegen tentang mutu pengadilan yang lemah kerana kemunduran teknologi dalam liga yang seringkali dicanang Tebas sebagai terbaik di dunia dan sangat kaya.
Ter Stegen mempersoalkan tiadanya teknologi garisan gol di La Liga selepas gol Lamine Yamal tidak dikira kerana dianggap masih tidak melintasi garisan gol. Dan Xavi menyokong kritikan penjaga golnya itu.
Pemain tengah Barca, Ilkay Gundogan sempat bertanya kepada pengadil, Soto Grado sama ada jam tangan pengadil itu ada bergetar. Kerana Gundogan selama ini bermain di EPL dan biasanya pengadil akan menunjukkan terus kepada pemain jam mereka.
Malangnya, pengadil tidak faham dengan soalan Gundogan itu kerana di La Liga tiada Goal Line Technology. Oleh sebab itu, Ter Stegen menganggap ianya memalukan kerana liga sekaya La Liga masih mundur dari segi teknologi.
Ter Stegen berkata: “Saya hilang kata kata tentang teknologi garisan gol. Dan mereka tidak dapat sudut pandangan terbaik untuk menyemak sama ada bola dah masuk atau tak.
“Ianya satu perkara memalukan untuk bola sepak, kerana liga lain ada GLT. Dan sebelum ini mereka beritahu dunia bahawa Liga Sepanyol ada banyak duit. Tetapi tak ada duit untuk perkara yang penting. Bagi saya itu memalukan.”
Xavi sependapat dengan Ter Stegen. Kerana menurutnya, Barcelona bermain lebih baik dan berhak menang. Namun mutu pengadilan agak mengecewakan.
“Dia [pengadil] awalnya tidak nampak benda itu, namun saya berharap dia akan memperbaiki keputusannya selepas itu. Tetapi tiada apa yang berlaku pun.
“Saya sangat kecewa. La Liga sembang mereka nak jadi liga terbaik di dunia tetapi tak ada teknologi ini. Pada hari pertama lawan Getafe lagi saya sudah cakap saya tidak suka dengan perkara yang saya lihat.
“Ini adalah koleksi perkara yang mengarut. Perasaan saya, ia adalah ketidakadilan yang maksimum. Saya tak boleh nak tipu sesiapa terutama penyokong kami. Dan jelas semua orang dah cakap tentangnya.”
Apabila Xavi menyebut Getafe, beberapa bulan lalu, Xavi menuduh Real Madrid seringkali dibantu oleh pengadil.
Xavi Hernandez menyatakan bahawa agak sukar untuk pasukannya menjuarai La Liga musim ini kerana ada perkara yang di luar kawalan mereka.
Xavi menyindir mutu pengadilan di antara Real Madrid dan Almeria pada ketika itu. Di mana menurut Xavi, Real Madrid sekali lagi dibantu pengadil musim ini.
Sedangkan Barcelona menurut Xavi lagi telah kehilangan sekurang kurangnya enam mata musim ini kerana kesilapan pengadil.
Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menewaskan pasukan di tangga tercorot, Almeria 3-2, pada masa itu, untuk mengekalkan kedudukan di puncak liga.
Kem Almeria mengamuk ketika VAR beberapa kali memihak Real Madrid. Dan mereka turut meroyan ketika pengadil memberikan penalti kepada Real Madrid yang disempurnakan Jude Bellingham bagi menjadikan kedudukan 2-1.
Pengurus Almeria, Gaizka Garitano, dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. Dia selepas tamat perlawanan berkata: “Ini bukanlah perkara baru untuk saya dan bukan pertama kali berlaku kepada saya.”
Xavi ternyata mengikuti perkembangan perlawanan tersebut. Dan dia menyatakan kritikannya ke atas mutu pengadilan di Sepanyol yang teruk.
Xavi menjelaskan: “Saya dah cakap dan masa lawan Getafe hari tu, sangat sukar kalau nak menang liga di sini.
“Ada orang dah lupa, rasanya kami kehilangan 6 mata atau lebih [kerana mutu pengadilan] dalam liga ini. Saya masih ingat penalti di Coliseum ke atas Raphinha, gol Joao Felix di Granada…
“Tapi itu semua bukan alasan, itu adalah realiti, ada perkara yang kita sukar nak kawal. Semua orang tengok sendiri kan apa yang berlaku hari ini.”
Respon RMTV
Kritikan Xavi itu membuatkan Real Madrid TV, siaran tv rasmi Madrid, mengecamnya. Dengan mengingatkannya bahawa, kelab yang sedang disiasat kerana kes skandal pengadilan adalah Barcelona. Di mana Xavi berada dalam pasukan yang disiasat itu.
RMTV menuerusi Pengarahnya, Jesus Alcaide menulis: “Dalam dunia yang ibarat roda, ada burung cuba menembak senapang patah. Dan hakikatnya adalahm Xavi bersuara di khalayak umum membuat kenyataan ini, ianya bukan perkara yang mengejutkan.
🗣️ Real Madrid TV responds to Xavi’s statements about refereeing: “It’s curious that Xavi finds strange things that happen in La Liga & it seems normal to him that practically during his entire career, for 20 years, his club has been paying the vice president of the referees… pic.twitter.com/tIvB30RzLt
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 23, 2024
“Ada sesuatu yang berlaku di sebalik layar kabur itu, dan dia sangat arif tentang perkara ini.”
Seterusnya RMTV menyatakan mereka kagum dengan keberanian Xavi cuba bercakap tentang pengadil yang membantu kelab lain. Sedangkan Ancelotti sendiri tak pernah berminat bercerita tentangnya apatah lagi mahu menyebut tentang kes Barca dan Negreira.
“Ancelotti cuba mengelak daripada memberikan komen, dan Xavi pula tanpa segan silu terhegeh hegeh bercakap tentangnya, ini satu keajaiban.”
“Xavi ada 600 perlawanan yang dia mainkan bersama Barcelona, kini sedang dalam siasatan dan disyaki. Hakim, pendakwaraya yang berkata begitu…
“Agak musykil bagaimana Xavi boleh tahu ada perkara yang pelik berlaku dalam La Liga. Dan ianya seperti perkara yang sudah biasa berlaku ketika dia bermain sepanjang kariernya selama 20 tahun.
“Kelabnya telah membayar timbalan presiden jawatankuasa pengadil sebanyak 8 juta euro, ketika Xavi masih bermain dahulu. Dan saya katakan ianya berlaku sepanjang karier Xavi selama 20 tahu, kamu dah kira dah, sebanyak 600 perlawanan dalam perlawanan Encik Xavi Hernandez bersama Barcelona, bersama sama dengan piala piala yang mereka miliki.
“Ini bukan kami yang kata ya, ini adalah apa yang hakim, pendakwaraya dan penguatkuasa yang kata. 600 perlawanan itu disyaki ada skandal. Inilah realitinya bahawa kelab dia yang sebenarnya tengah didakwa. Sepanjang karier Xavi bermain untuk Barcelona kini disiasat.
“Musim Barcelona tidak seperti yang mereka harapkan. Mereka 7 mata di bawah kami, mereka ada beberapa masalah untuk melepasi cabaran pasukan kerdil, di mana pasukan kerdil ini pun Encik Xavi boleh bergaduh dengan mereka, pasukan kerdil seperti Barbastro, pasukan yang hampir menyingkirkan mereka.
Alcaide kemudian menegaskan bahawa Xavi juga semakin koyak selepas Barca kalah 4-1 dalam aksi final Copa Del Rey sebelum itu.
“Perlawanan itu seluruh planet ini menyaksikan sendiri apa yang Barcelona lakukan atas padang dan bagaimana Madrid bermain.
Alcaide menegaskan bahawa Xavi sebenarnya telah melondehkan aib kelab dia sendiri yang kini sedang bergelut untuk mempertahankan diri mereka daripada skandal bayar pengadil.